More
    Home Sarawak Kuching Pelantikan Ibrahim Baki sebagai Timbalan Menteri Utiliti (SEB dan PETROS) adalah tepat-Premier...

    Pelantikan Ibrahim Baki sebagai Timbalan Menteri Utiliti (SEB dan PETROS) adalah tepat-Premier Sarawak

    KUCHING, 17 MAC 2025 (SNN): Pelantikan Dato Ibrahim Baki sebagai Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) adalah tepat ekoran beliau mempunyai kelebihan dan pengalaman.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu, beliau adalah seorang penerima biasiswa Petronas dan berupaya membantu Dato Sri Julaihi dalam menyelaras dan melibatkan secara strategik dengan Petronas dalam usaha bergerak ke arah pelan peta gas serta kerjasama antara Petronas dan Petros di bawah terma perjanjian komersial yang akan dilaksanakan dan dipersetujui oleh Petronas dan Petros.

    “Ini adalah satu kelebihan buat kita kerana Ibrahim Baki mempunyai kelebihan kerana pernah berkhidmat sebagai pegawai perundangan di Petronas.

    “Segala rundingan antara dua pihak Petronas dan Petros masih berjalan dan saya mahu Dato Ibrahim Baki terlibat sama dalam rundingan itu nanti,” katanya pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah di Astana Negeri, di sini, hari ini.

    Dato Ibrahim Baki menerima watikah pelantikan daripada TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak

    Menjelas lebih lanjut, Abang Johari menambah dengan pelantikan ini Sarawak turut menyaksikan sedikit rombakan kecil dalam Kabinet Gabungan Parti Sarawak (GPS) yakni ADUN Pantai Damai, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) yang juga berkuat kuasa pada tarikh sama, (17 Mac 2025).

    Tegasnya, pelantikan baharu serta rombakan kecil ini bertujuan untuk memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kerajaan GPS kepada rakyat dan memacu kemajuan sektor tenaga, termasuk menarik lebih banyak pelaburan dalam industri minyak dan gas.

    Selain itu, langkah tersebut juga ujarnya akan membolehkan Sarawak merancang dengan lebih strategik untuk mencapai visi sebagai wilayah yang maju dan berpendapatan tinggi, selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

    Terdahulu, Dato Ibrahim Baki selesai mengangkat sumpah di hadapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri selepas beliau mendapat undian tertinggi dalam pemilihan Naib Presiden PBB bagi Sayap Bumiputera baru-baru ini.

    Turut hadir menyaksikan istiadat berkenaan ialah, isteri TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak; Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, isteri Premier Sarawak; Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Douglas Unggah Embas dan Datuk Amar Prof.  Dr. Sim Kui Hian, Speaker DUN Sarawak; Tan Sri Mohamad sfia Awang Nasar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan menteri-menteri kabinet Sarawak serta tetamu kehormat lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sebanyak 453 Menara SMART oleh SDEC sudah ke udara di seluruh...

    0
    SEBUYAU, 19 MAC 2025 (SNN): Program SALURAN yang dilaksanakan Sarawak Digital Economy Coporation (SDEC) adalah inisiatif Kerajaan Sarawak meningkatkan liputan internet dan telekomunikasi di...