More
    Home Malaysia Pelancaran Versi Baharu MySRBN langkah percepat transformasi digital di Sarawak

    Pelancaran Versi Baharu MySRBN langkah percepat transformasi digital di Sarawak

    DARO, 13 JANUARI 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak mengambil langkah proaktif dalam usaha mempercepat transformasi digital di kawasan luar bandar, dengan melancarkan versi terbaharu Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) yang menawarkan kemudahan lebih baik untuk warga setempat.

    Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, program MySRBN merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan akses komunikasi dan membawa kawasan terpencil ke dalam arus pembangunan digital negara.

    “MySRBN yang diperkenalkan dalam versi baharu ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan pendaftaran pengguna meningkat kepada 431 ahli dalam masa singkat, dan angka ini dijangka terus meningkat.

    “Program ini juga memanfaatkan menara pintar yang dibangunkan oleh SDEC (Sarawak Digital Economy Corporation) dan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memastikan kemudahan MySRBN juga tersedia di menara Jendela di masa akan datang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Liputan Baharu MySRBN Sarawak di Pulau Bruit, Daro pada Ahad.

    Dato Sri Julaihi turut menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara SDEC dan U Mobile.

    Dato Sri Julaihi menambah, Kerajaan Sarawak juga telah menyediakan peruntukan RM2.3 bilion untuk membangunkan Program Saluran yang termasuk pembinaan 618 menara di seluruh negeri ditambah dengan 18 menara tambahan untuk memperluas liputan ke kawasan terpencil.

    Menurutnya, menerusi inisiatif tersebut kos sebenar untuk akses bulanan MySRBN perkhidmatan dapat diturunkan dari RM70 kepada RM20, bermaksud sebanyak RM50 lagi ditanggung oleh kerajaan menerusi subsidi yang telah ditetapkan.

    Selain memfasilitasi komunikasi yang lebih baik, MySRBN juga bertujuan untuk meningkatkan penyertaan penduduk luar bandar dalam ekonomi digital, terutama sekali dalam perniagaan atas talian.

    “Produk tempatan seperti sesa unjur dan songket Belawai kini boleh dipasarkan secara lebih meluas melalui transaksi digital, membuka lebih banyak peluang bagi PKS di Sarawak untuk berkembang dan mencapai pasaran yang lebih luas,” ujarnya.

    Jelasnya lagi, Kerajaan Sarawak komited untuk memastikan semua penduduk, termasuk mereka di kawasan luar bandar, mendapat manfaat dari pembangunan digital dan makin mendekati sasaran untuk menjadi wilayah berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

    Turut hadir sama ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS) merangkap ADUN Semop; Datuk Abdullah Saidol, Ahli Parlimen Tanjung Manis;. Ir Yusuf Abdul Wahab, Ahli Parlimen Igan; Ahmad Johnie Zawawi, Ketua Pegawai Eksekutif SDEC; Dato Ir Ts Sudarmoto Osman, Residen Bahagian Mukah; Datu Kueh Lei Poh, Pengarah SKMM Sarawak; Adiman Ajem serta tetamu yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    8 Tahun Kepimpinan Abang Jo membawa Sarawak ke arah negeri maju...

    0
    KUCHING, 13 JANUARI 2025: Percaturan bijak yang diambil oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg...