More
    Home Sarawak Kuching Pelancaran Smart Meter akan dilaksanakan secara berfasa-Julaihi

    Pelancaran Smart Meter akan dilaksanakan secara berfasa-Julaihi

    KUCHING, 26 OKTOBER 2022 (SNN): Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Energy Berhad (SEB) akan melancarkan Meter Pintar@Smart Meter secara berfasa bagi menggantikan meter lama pelanggan yang sedia ada secara percuma.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, usaha ini dilakukan bagi merealisasikan usaha kerajaan negeri ke arah memodenkan sistem tenaga dan utiliti menerusi penggunaan teknologi digital disamping meningkatkan kualiti perkhidmatan yang responsif.

    “Seb sebagai penyedia bekalan elektrik tunggal di negeri ini memulakan inisiatif menukar meter elektrik konvensional kepada meter pintar secara berperingkat di seluruh negeri yang akan melibatkan semua pelanggan sedia ada SEB.

    “Peralihan ini adalah susulan kejayaan projek rintis yang diperkenalkan oleh SEB pada 2019 dan dipertingkatkan bermula tahun ini di Kuching sebelum diperluaskan ke bahagian lain menjelang 2024,” katanya pada sidang media sempena pelancaran Kempen Meter Elektrik Pintar oleh Sarawak Energy di iCom Square, semalam.

    Datuk Julaihi menyempurnakan Pelancaran Meter Pintar di iCom Square.

    Tambah Julaihi, sistem meter pintar itu juga membolehkan pengawasan berkesan dan amaran segera jika berlaku gangguan elektrik seterusnya membolehkan langkah-langkah pemulihan dengan cepat.

    “Tidak hanya itu, penggunaan meter pintar ini nanti mampu mengelakkan berlakunya kejadian kecurian elektrik oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab selain ia mampu mengesan jumlah tenaga elektrik yang digunakan pengguna setiak minit,” tegasnya.

    Turut hadir sama Timbalan Menetri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti); Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi); Datuk Liwan Lagang, Pemangku Setiausaha Tetap MUT; Syed Mohamad Fauzi Shahab, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sarawak Energy; Datu Sharbini Suhaili, Ketua Eksekutif SESCO; Lau Kim Swee dan pegawai-pegawai kanan SEB.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting lahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang

    0
    LIMBANG, 06 JANUARI 2025: Hari Apresiasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memainkan peranan penting dalam memperkasakan...