More
    Home Malaysia Pelancaran Projek Perintis Modul Solar-Hidrogen pertama di Sarawak, Klinik Long Layang kini...

    Pelancaran Projek Perintis Modul Solar-Hidrogen pertama di Sarawak, Klinik Long Layang kini terima bekalan elektrik 24 jam

    BARAM, 09 OGOS 2022 (SNN):Klinik Kesihatan Long Loyang kini menerima bekalan elektrik 24 jam hasil daripada pelancaran projek rintis kuasa hibrid solar hidrogen yang pertama kali dilaksanakan di Malaysia.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi memberitahu, teknologi yang dilaksanakan oleh H2 Energy Sdn Bhd itu mampu menyediakan bekalan elektrik yang stabil secara berterusan kepada klinik tersebut untuk menjalankan operasi harian.

    “Klinik Long Loyang yang terletak kira-kira 183 kilometer (km) dari bandar Miri menghadapi kesukaran melaksanakan perkhidmatan kerana bergantung kepada penjana diesel yang hanya mampu membekalkan kuasa untuk beberapa jam setiap hari.

    “Dalam pada itu, teknologi projek perintis berasaskan solar dan hidrogen ini digunakan untuk menyediakan bekalan elektrik antara 25 kilowatt (kW) dan 30kW yang stabil dan berterusan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Kajian Rintis Modul Solar-Hidrogen (H2E1) di Kampung Long Loyang di sini pada Isnin.

    Datuk Julaihi (tengah) melakukan upcara simbolik memotong riben sempena pelancaran Projek Rintis Solar-Hidrogen di KK Long Layang.

    Dalam pada itu ujarnya, hidrogen yang dihasilkan mampu menjana elektrik melalui ‘fuel cell’ semasa situasi ketiadaan tenaga matahari.

    “Ini bermakna ‘fuel cell’ tersebut berpotensi menggantikan bateri yang kini sedang digunakan di pedalaman seperti projek Sarawak Alternative Rural Electrification System (SARES), Sarawak Alternative Water Supply (SAWAS) dan menara telekomunikasi,” tambah beliau lagi.

    Sehubungan itu, Datuk Julaihi berkata, teknologi ini boleh menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan Sarawak bagi menyediakan bekalan elektrik secara mampan dan berterusan untuk jangka masa panjang di seluruh negeri termasuk kawasan luar bandar.

    Dalam majlis yang sama, beliau turut meluluskan geran MRP sebanyak RM15 ribu dan RM10 ribu yang masing-masing diluluskan untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Long Layang dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Long Layang.

    Hadir sama ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti); Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak; Datuk Dr. Jerip Susil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan; Dennis Ngau, Residen Bahagian Miri; Abdul Aziz Mohd Yusuf dan Pengerusi Kumpulan H2E; Tan Sri Zulkilfi Makinuddin.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penganjuran Bazar Ramadan Uptown Desa Ilmu kali ini berkonsepkan ‘Green Market’

    0
    KOTA SAMARAHAN, 03 MAC 2025: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dengan kerjasama Persatuan Penjaja Uptown Desa Ilmu pada tahun ini menganjurkan Bazar Ramadan Uptown...