More
    Home Sarawak Bintulu Pelancaran Loji Metanol Hijau di Bintulu bukti Sarawak komited kurangkan pelepasan gas...

    Pelancaran Loji Metanol Hijau di Bintulu bukti Sarawak komited kurangkan pelepasan gas karbon

    BINTULU, 15 JANUARI 2025: Pengeluaran metanol hijau oleh Sarawak Petchem bukti wilayah Sarawak komited untuk mengurangkan pelepasan karbon.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberitahu, Petchem Sarawak telah melancar projek kedua iaitu metanol hijau yang sejajar dengan misi Sarawak dalam peralihan kepada tenaga hijau.

    “Pengeluaran metanol hijau oleh Sarawak pada masa akan datang mampu menjadi sumber tenaga untuk kapal dan ini akan meletakkan Sarawak sebagai wilayah yang komited kepada mengurangkan pelepasan karbon,” jelasnya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media semasa Majlis Pecah Tanah Loji Metanol Hijau dan ‘Sail Away of Sarawak Petchem’s Methanol Export Cargo’ di Petchem Sarawak pada Selasa.

    YAB Premier ketika menyempurnakan simbolik memoton kek sempena Majlis Pecah Tanah Loji Metanol Hijau di Bintulu-UKAS

    Datuk Patinggi Abang Zohari turut menekankan pengeluaran tenaga hijau dari Sarawak akan mengangkat Malaysia sebagai salah satu negara di rantau Asia yang komited kepada peralihan tenaga hijau.

    “Kita memainkan peranan yang penting dalam membantu Malaysia dari sudut tenaga hijau,” ujarnya.

    Turut hadir sama ialah Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak; Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, barisan Menteri Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, barisan Timbalan Menteri Sarawak, Pengerusi Sarawak Petchem; Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Husain, Peguam Besar Sarawak; Dato Sri Saferi Ali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan); Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, ADUN Tanjung Batu; Johnny Pang Leong Ming, ADUN Jepak; Iskandar Turkee dan Residen Bahagian Bintulu; Datu Nyurak Keti-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Transformasi Pendidikan kearah Digital Pemangkin Generasi Celik Teknologi dan Berdaya Saing

    0
    SARIKEI, 16 JANUARI 2025: Transformasi sistem pendidikan di Malaysia terus diperkasa bagi melahirkan barisan pendidik dan murid yang kreatif, inovatif, cekap serta bersemangat. Timbalan Menteri...