More
    Home Malaysia Pelancaran Agro Research Lab Sebuyau di Sebangan sasar penanaman kelapa lebih 2,000...

    Pelancaran Agro Research Lab Sebuyau di Sebangan sasar penanaman kelapa lebih 2,000 pokok

    SEBUYAU, 04 NOVEMBER 2024 (SNN): Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu (IRSDA) pada Sabtu telah melakukan prapelancaran Pilot Projek Agro Research Lab Kelapa Sebuyau Fasa 1 di Ladang Kelapa Pandan, Kampung Arus Melayu, Sebangan.

    Majlis prapelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi.

    Katanya, permulaan kawasan yang telah ditanam dengan 560 pokok benih kelapa pandan di atas tanah seluas 3.4 hektar itu merupakan sebahagian daripada kawasan Pilot Projek, Agro Research Kelapa Sebuyau (Fasa 1) dengan keluasan 110 hektar dan 10 hektar lagi untuk tujuan penyelidikan.

    “Projek ini memberi fokus kepada penanaman semula kelapa sepertimana yang diilhamkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan beliau telah memberi kelulusan peruntukan sebanyak RM35 juta kepada Jawatankuasa Agro Research Lab Kelapa Sebuyau untuk pelaksanaan impian tersebut.

    “Jawatankuasa Agro Research Lab Kelapa Sebuyau juga sedang berusaha untuk mengenal pasti kawasan-kawasan lain yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan penanaman semula kelapa berhasil tinggi dengan varieti kelapa seperti Kelapa Pandan, Tacunan dan Matag,” katanya dalam satu kenyataan.

    Dato Sri Julaihi ketika menyempurnakan simbolik penanaman semula benih kelapa.

    Dato Sri Julaihi turut berharap usaha ini diteruskan dengan lebih gigih agar kita dapat mencapai sasaran 2,000 hektar tanaman kelapa yang telah ditetapkan oleh Premier Sarawak.

    Ujar beliau lagi, projek ini dijangka mampu membawa kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan sektor agro khususnya dalam penghasilan kelapa di kawasan Sebuyau, serta membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk setempat.

    Turut hadir sama ialah Naib Canselor, UNIMAS; Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit, Residen Bahagian Samarahan; Mohamad Irwan Bahari Bujang, Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman Bujang, Pegawai Tadbir Khas IRSDA; Anuar Da’an serta tetamu lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...