More
    Home Sarawak Kuching Pelaksanaan Projek Sumber Tenaga Melata hanya dilakukan jika dapat keizinan daripada masyarakat...

    Pelaksanaan Projek Sumber Tenaga Melata hanya dilakukan jika dapat keizinan daripada masyarakat setempat

    KUCHING, 13 MEI 2024: Pelaksanaan setiap projek sumber tenaga melata di seluruh Sarawak hanya akan dilakukan dengan persetujuan komuniti tempatan.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, sebanyak 12 lembangan sungai telah dikenal pasti dengan potensi kapasiti penjanaan sebanyak 3,000 megawatt (MW) dengan beberapa daripadanya telah dikenal pasti melalui permohonan daripada wakil rakyat atau komuniti tempatan.

    Katanya, antara lokasi yang telah dikenal pasti menerusi permohonan tempatan termasuk Sungai Tutoh di Miri dan Sungai Gaat di Kapit.

    “Sekiranya terdapat pihak yang tidak bersetuju, kami tidak memaksa. Kami telah memberikan penjelasan, tiada istilah paksaan dalam melaksanakan projek sumber tenaga melata ini.

    “Kita tidak mahu timbulnya dakwaan bahawa kita memaksa masyarakat tempatan (untuk menerima projek ini). Kita tidak mempunyai prosedur sendiri, kita tidak akan ‘bulldoze’,” katanya dalam sidang media selepas ucapan penggulungan Kementerian beliau dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Isnin.

    Dato Sri Julaihi ketika sidang media selepas Sesi Ucapan Penggulungan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi pada Persidangan DUN ke-19-foto UKAS

    Tegasnya, kerajaan Sarawak menerusinya kementeriannya serta Sarawak Energy Berhad (SEB) mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) terperinci berkenaan pelaksanaan projek sumber tenaga melata di mana sesi libat urus diadakan dan kerjasama sentiasa terjalin bersama pelbagai pihak seperti Pejabat Residen, Pejabat Daerah serta pemimpin tempatan untuk memastikan kelancaran projek.

    Dalam pada itu, Dato Sri Julaihi turut menyeru warga tempatan agar memahami manfaat yang dapat diperoleh menerusi sumber tenaga melata sebagai sumber tenaga alternatif baharu.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...