More
    Home Sarawak Kuching Pelaksanaan Projek SAWAS RM10 Juta Di Banting, Lingga Bakal Beri Manfaat Kepada...

    Pelaksanaan Projek SAWAS RM10 Juta Di Banting, Lingga Bakal Beri Manfaat Kepada 268 Keluarga

    KUCHING, 20 MEI 2022 (SNN): Projek Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) di Banting, Lingga bakal memberikan manfaat kepada 268 keluarga dari 11 kampung di kawasan berkenaan.

    Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, skop kerja dengan anggaran kos RM10 juta bagi projek itu merangkumi pemulihan empangan dan penapisan sedia ada, pemasangan saluran paip baharu dan pembinaan tangki air.

    Tambah beliau lagi, ia merupakan salah satu pendekatan yang diusahakan oleh kerajaan Sarawak bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan luar bandar.

    Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, pada Jumaat.

    Sementara itu, Datuk Dr Abdul Rahman turut memaklumkan, projek tersebut kini sedang dalam peringkat penilaian tender dan dijangka dilaksanakan pada penghujung tahun ini.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...