More
    Home Sarawak Limbang Pelaksanaan Projek Lapangan Terbang Lawas yang baharu dilakukan secara berperingkat

    Pelaksanaan Projek Lapangan Terbang Lawas yang baharu dilakukan secara berperingkat

    LAWAS, 21 JANUARI 2024 (SNN): Pembinaan lapangan terbang baharu di Daerah Lawas akan dilaksanakan secara berperingkat yang merangkumi kerja-kerja pemindahan kubur dan pengambilan tanah demikian menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

    Katanya, projek lapangan terbang itu akan dilaksanakan secara berperingkat yang mana pada peringkat pertama nanti melibatkan kerja-kerja tanah dan jalanraya yang akan dilaksanakan dalam tahun ini, dan selepas itu diteruskan sehingga lengkap pembinaan tersebut.

    “Kerja-kerja pengambilan tanah telah dilakukan dan pampasan juga telah diberikan pada mereka yang berkenaan,” katanya semasa berucap pada Majlis Tahlil dan Doa Selamat Sempena Pemindahan Kubur Kampung Siang-Siang Laut pada Jumaat.

    Datuk Amar Awang Tengah bersama penduudk kampung dalam majlis tahlil sempena pemindahan kubur di Kg Siang-Siang Laut-foto UKAS

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari itu menambah, semua proses ini akan diteruskan untuk kemudahan penduduk di Daerah Lawas dan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama.

    Pada majlis itu, Datuk Amar Awang Tengah turut berkesempatan menunaikan solat Maghrib berjemaah, bacaan tahlil, solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan bersama penduduk tempatan yang hadir.

    Hadir sama Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA); Dato Ubaidillah Abdul Latip, Pegawai Daerah Lawas; Ladin Atok, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak; Awangku Zainal Abedin Dato Pengiran Jawa dan Imam Bahagian Limbang; Al Fadhil Ustaz Abdul Rahman Iqbal Aldi.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Wisma Melayu dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini-Awang Tengah

    0
    KUCHING, 01 MAC 2025 (SNN): Projek pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya yang akan menjadi mercu tanda kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak kini...