More
    Home Malaysia Pelajari serta fahami isi kandungan Al-Quran untuk berjaya hidup dunia dan akhirat-Premier...

    Pelajari serta fahami isi kandungan Al-Quran untuk berjaya hidup dunia dan akhirat-Premier Sarawak

    SIBU, 19 APRIL 2022 (SNN) : Di dalam al-Quran, banyak perkara yang disaksikan atau dilakukan sudah diterangkan dalam al-Quran yang seharusnya menjadi panduan dalam kehidupan di dunia mahupun akhirat bagi setiap umat Islam.

    Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, masih banyak intipati al-Quran yang perlu kita pelajari khususnya perihal yang berkaitan dengan hukum dunia.

    Katanya, dengan mempelajari isi kandungan al-Quran, kita akan lebih memahami dunia termasuk juga perkara-perkara yang ditemui ahli sains yang sudahpun tercatat dalam al-Quran seperti peredaran matahari dan bulan dengan dalilnya dalam Surah Al-Anbiya ayat 33 dan Surah Yasin ayat 38.

    “Penemuan-penemuan yang ada dalam Al-Quran yang diperkuatkan dengan penemuan-penemuan sains telah banyak digunakan oleh manusia untuk memperbaiki kedudukan mereka. Contohnya, perbezaan cap jari antara setiap manusia yang menghuni planet Bumi. Perbezaan cap jari ini telah digunakan untuk tujuan verifikasi dan sekuriti dalam pelbagai aplikasi digital pada era digital ini.

    “Malah, ilmu pendigitalan pada asasnya ada terdapat dalam al-Quran seperti mana yang ditemui pakar ilmu Sains Algoritum yang juga pada asasnya adalah seorang Islam,” katanya dalam ucapan Amanat Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1443H/2022M di Masjid An-Nur Sibu pada Isnin.

    Ucapan Amanat YAB Premier Sarawak sempena Sambutan Nuzul Al-Quran peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung semalam di Sibu

    Mengenai sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1443H/2022M yang bertemakan “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari memberitahu mesej utamanya agar seluruh umat Islam memperkasakan kesatuan, kemajuan ummah dan perpaduan dalam membentuk negara yang harmoni khususnya dalam kalangan umat Islam di Sarawak.

    “Ajaran Islam dalam al-Quran juga menunjukkan bahawa Rasulullah telah membuka ruang untuk umat Islam meneroka ilmu dunia bagi mewujudkan umat Islam yang progresif, kreatif dan inovatif selagi tidak bercanggah dengan syarak,” ujarnya.

    Hadir sama neraikan majlis Tuan Yang Terutama (TYT) Yang DiPertua Negeri Sarawak; Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib, isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Menteri I Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak; Dr Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi (Utiliti); Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Senator Robert Lau Hui Yew, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Transformasi Sosio-ekonomi); Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Yang Di Pertua Majlis Islam Sarawak; Datuk Misnu Taha.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...