More
    Home Kampus Pelajar pergigian UM pemenang pertama dari Malaysia Pingat JK Williams, England.

    Pelajar pergigian UM pemenang pertama dari Malaysia Pingat JK Williams, England.

    PETALING JAYA, 15 FEBRUARI 2022 (SNN) : Seorang pelajar pergigian Malaysia telah memenangi Pingat JK Williams yang berprestij untuk 2020, pemenang pertama dalam sejarah negara.

    Pelajar Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM), Dr Mohd Amir Mukhsin Zurin Adnan memenangi pingat berkenaan pada Peperiksaan Keahlian dalam Ortodontik, Kolej Pakar Bedah Diraja England baru-baru ini, kata universiti itu dalam satu catatan Facebook pada Selasa (15 Feb).

    “Dia akan diberikan anugerah itu pada 8 Mac. Tahniah kerana menjadi pelajar pertama dari Malaysia memenangi pingat. Kami mendoakan kejayaan anda selanjutnya,” tambah kenyataan itu.

    Jelasnya, pingat akan dianugerahkan pada setiap tahun kepada calon terbaik dalam peperiksaan antara kolej.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    [Imbasan Parlimen] Rancangan Malaysia Ke-13: Dari Batang Sadong ke Parlimen

    0
    Kota Samarahan 13 Ogos 2025 - Persidangan Parlimen pada 11 Ogos yang lalu menyaksikan perbahasan daripada Ahli Parlimen Batang Sadong, YB Rodiyah Sapiee bagi...