More
    Home Sarawak Kuching Pelabuhan Bintulu akan diserahkan kepada Kerajaan Sarawak pada Jun depan

    Pelabuhan Bintulu akan diserahkan kepada Kerajaan Sarawak pada Jun depan

    KUCHING, 09 JANUARI 2024 (SNN): Kerajaan Persekutuan mencapai kesepakatan bagi memuktamadkan penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak pada Jun depan selepas diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri yang diadakan di sini, pada Isnin.

    Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II dan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dengan Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook.

    Susulan itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dalam satu kenyataan memberitahu akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) pemansuhan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu, 1981 pada Sesi Persidangan Parlimen 2024 ini.

    Bagi memastikan operasi Pelabuhan Bintulu tidak terkesan dan terganggu oleh proses penukaran status, Kerajaan Sarawak akan mewujudkan Lembaga Pelabuhan Bintulu (Sarawak) di bawah Ordinan Lembaga-Lembaga Pelabuhan, 1961.

    Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangani pada Februari ini bagi merealisasikan penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak.

    Turut hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia; Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting lahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang

    0
    LIMBANG, 06 JANUARI 2025: Hari Apresiasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memainkan peranan penting dalam memperkasakan...