More
    Home Sarawak Betong Pejabat Baharu JBALB Bahagian Betong rasmi digunakan untuk keselesaan pengguna-Datuk Julaihi Narawi

    Pejabat Baharu JBALB Bahagian Betong rasmi digunakan untuk keselesaan pengguna-Datuk Julaihi Narawi

    02, MAC 2022 (SNN) : Pembinaan pejabat baharu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Betong telah siap sepenuhnya dan rasmi dibuka untuk pengguna di Betong.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, keperluan pembinaan pejabat baharu JBALB Betong adalah bagi memenuhi keselesaan serta mengambil berat suasana pekerjaan para pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab menyedia serta mengurus bekalan air bersih kepada pengguna di kawasan Betong.

    “Selain itu, bagi memudahkan pengguna membayar bil air dan juga bil-bil lain seperti bil cukai pintu, bil elektrik, bil gas, bayaran balik pinjaman perumahan HDC dan sebagainya turut disediakan satu ‘Kiosk Bayaran Service Sarawak’ di tingkat bawah bersebelahan pejabat JBALB Betong.

    Beliau berkata sedemikian semasa melakukan lawatan kerja ke Betong seterusnya merasmikan Pejabat Baharu JBALB Bahagian Betong.

    Tambah Julaihi, sehingga kini Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan pembangunan bekalan air bernilai hampir RM510 juta untuk Bahagian betong. Hal ini merangkumi pelaksanaan 25 Projek Rakyat, 5 Projek Sambungan RMK-11, 5 Projek di bawah KPLB dan 2 Projek di bawah Pejabat Pembangunan Persekutuan.

    Datuk Julaihi meninjau sendiri loji rawatan air Lubau sebaik sahaja merasmikan pejabat baharu JBALB Betong, semalam.

    Setelah selesai merasmikan pejabat baharu JBALB Betong, Datuk Julaihi serta rombongan pada sebelah petang berangkat untuk melawat Loji Rawatan Air Lubau.

    Untuk rekod, loji rawatan air Lubau berkenaan mempunyai kapasiti 30 MLD dan boleh dinaiktaraf kapasitinya sehingga 45 MLD atau 60 MLD sekiranya keperluan terhadap sumber bekalan air terawat meningkat dalam satu-satu tempoh.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...