More
    Home Malaysia PBB terbuka menerima golongan muda sebagai pemimpin pelapis

    PBB terbuka menerima golongan muda sebagai pemimpin pelapis

    MIRI 19 JANUARI 2025 (SNN): Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sentiasa komited dan terbuka untuk menerima golongan belia sebagai pemimpin pelapis pada masa hadapan bagi memastikan parti itu kekal relevan.

    Premier Sarawak merangkap Presiden Parti, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu, PBB kini mempunyai 1828 belia dari usia sampai 28 tahun dan juga Sayap Pemuda yang mana mereka ini layak mengundi sekaligus bakal-bakal pemimpin pada masa hadapan.

    Katanya, pelapis-pelapis parti ini akan dan ada juga yang sudah bersedia untuk menjadi seorang pemimpin satu hari kelak jadi tugas kita adalah untuk memastikan mereka ini benar-benar layak serta boleh naik ke peringkat seterusnya.

    “Jadi, kita yang di atas ini dengan usia yang makin bertambah harus sedar dan tidak mementingkan diri-sendiri kerana apabila tiba waktunya kelak kita harus menggantikannya dengan pelapis baharu.

    “Oleh itu, kita latih pelapis kita (pemuda) dan saya fikir ini adalah jalan terbaik agar PBB kekal sebagai sebuah parti yang relevan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Zon Utara Parti PBB pada Sabtu.

    Yang Di-Pertua Parti Premier Sarawak merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Zon Utara PBB-foto UKAS

    Tambah Abang Jo lagi, sebagai tulang belakang Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah negeri ini, PBB tegasnya perlu memastikan pemimpin muda dilengkapi dengan latihan yang sewajarnya agar mereka bersedia untuk memandu Sarawak ke arah kemajuan yang lebih besar.

    Dalam hal ini, beliau menggesa agar latihan kepimpinan terus diterapkan terhadap golongan pelapis tanpa ada rasa iri hati atau kepentingan peribadi dalam kalangan pemimpin sedia ada.

    Sementara itu, pada Mesyuarat Zon Utara kali ini sebanyak 12 resolusi penting telah dibentangkan termasuklah sokongan penuh kepada kepimpinan Premier Sarawak agar PBB kekal meneraju negeri dan sebagai sebuah parti yang stabil.

    Selain itu, cadangan untuk mengekalkan jawatan kepimpinan parti tanpa dipertandingkan juga dibentangkan serta penekanan kepada aspek memperkasa golongan belia sebagai pelapis selain menggesa percepat proses pembangunan infrastruktur dan sektor perumahan bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Sarawak.

    Turut hadir sama ialah Timbalan Yang Dipertua Parti PBB Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Perhimpunan Agung Ke-16 PBB; Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Yang Dipertua Parti PBB merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Perhimpunan Agung Ke-16 dan Pengerusi Jawatankusa Induk Zon Utara; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Naib Yang Dipertua Kanan Parti PBB Sarawak; Dato Sri Fadillah Yusof, Naib Yang Dipertua Kanan Parti PBB merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Zon Utara; Dato Sri Dr Stephen RUndi Utom, Pengerusi Tetap Parti PBB Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Setiausaha Agung Parti PBB Sarawak; Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Pergerakan Wanita Parti PBB Sarawak; Dato Sri Fatimah Abdullah, Ketua Pergerakan Pemuda Parti PBB Sarawak; Miro Simuh.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PBB terbuka menerima golongan muda sebagai pemimpin pelapis

    0
    MIRI 19 JANUARI 2025 (SNN): Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sentiasa komited dan terbuka untuk menerima golongan belia sebagai pemimpin pelapis pada masa hadapan...