KUCHING, 06 OGOS 2022 (SNN): Pasukan Ragbi Bahagian Kota Samarahan Bawah 12 Tahun muncul juara peringkat Negeri Sarawak sempena Kejohanan Rabgi Majlis Sukan Sekolah Negeri Sarawak selepas berjaya menumpaskan pasukan daripada Bahagian Betong.
Kejayaan itu mendapat perhatian dan penghargaan daripada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi kerana telah berjaya meraih tempat pertama mengalahkan pasukan dari pasukan Bahagian Betong dengan mata kiraan (22-5).
Datuk Julaihi dalam perkongsian beliau memberitahu, seramai lapan orang daripada pasukan tersebut yang mewakili Bahagian Samarahan adalah murid sekolah rendah dari Zon Sebangan dan Zon Sebuyau dari kawasan Sebuyau.
“Pemain Forward Terbaik Kejohanan kali ini turut dianugerahkan kepada murid dari Sekolah Kebangsaan Bulan Jeragam dari Zon Sebuyau dan pasukan kali ini dipimpin oleh Guru Besar SK Tungkah Melayu, Cikgu Asri Om,” jelasnya.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan yang telah berjaya meraih tempat pertama bagi acara sukan kali ini.