More
    Home Sarawak Kuching Pasukan penyelidik UNIMAS dan antarabangsa temui 2 spesis kupang baharu jenis Endemik...

    Pasukan penyelidik UNIMAS dan antarabangsa temui 2 spesis kupang baharu jenis Endemik di Limbang dan Kinabatangan

    KUCHING, 08 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersama penyelidik antarabangsa berjaya menemui dua spesis kupang baharu yang sangat jarang ditemui berstatus Endemik di dua lokasi iaitu Limbang, Sarawak dan Kinabatangan, Sabah. Pasukan yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Khairul Adha A. Rahim bersama pasukannya dari UNIMAS menemui kupang tersebut yang dikategorikan sebagai spesis endemik di Borneo.

    Turut bersama dalam pasukan penyelidik tersebut adalah pasukan penyelidik antarabangsa yang disertai oleh Dr Alexandra Zieritz (School of Geography, University of Nottingham), Leonardo Jainih (Institute for Tropical Biology and Conservation, Universiti Malaysia Sabah), Dr John Pfeiffer (National Museum of Natural History, Smithsonian Institution, Washington), Dr. Manuel Lopes-Lima (CIBIO/InBIO – Research Center in Biodiversity and Genetic Resources, University of Porto), Dr. Elsa Froufe (CIMAR/CIIMAR- Interdisciplinary Centre of Marine and Environmental Research, University of Porto, Matosinhos, Portugal), Hari Prayogo, Muhammad Sofwan Anwari & Farah Diba (Tanjungpura University), Arman Hadi Fikri ( Universiti Malaysia Sabah), Dr. Hussein Taha (Universiti Brunei Darussalam) & Dr. Zohrah Sulaiman (Universiti Teknologi Brunei).

    Istilah Endemik bagi sesuatu spesis tumbuhan atau haiwan

    Untuk pengetahuan semua, bagi sesuatu spesis tumbuh-tumbuhan mahupun haiwan yang dikategorikan sebagai endemik membawa maksud kepada spesis berkenaan hanya terdapat atau dijumpai di sesebuah kawasan tertentu sahaja di dunia. Boleh diungkapkan penemuan sesuatu spesis endemik tersebut dijumpai di satu kawasan yang kecil misalnya sebuah sungai ataupun satu kawasan besar seperti benua atau pulau.

    Penemuan dua spesis kupang Khairuloconcha lunbawangorum sp. nov dan Khairuloconcha sahanae sp. nov

    Menerusi perkongsian kejayaan pasukan penyelidik oleh Naib Canselor UNIMAS di laman Facebook miliknya baru-baru ini, penyelidikan yang dilakukan pasukan berkenaan berjaya menemui dua spesis masing-masing di kawasan berlainan di Sabah dan sarawak. Spesis kupang Khairuloconcha sahanae sp. nov ditemui di kawasan lembangan sungai Kinabatangan, Sabah iaitu di dalam kawasan Rizab Hutan Gomantong, Sabah manakala spsesis Khairuloconcha lunbawangorum sp. nov ditemui di lembangan sungai Limbang Sarawak.

    Kedua-dua spesis terbabit ditemui di kawasan habitat sungai hutan dalam jumlah yang sangat sedikit bahkan kedua-duanya berada di kawasan habitat sungai yang terhad apatah lagi jumlah yang ditemui adalah sangat sedikit. Hasil kajian yang dilakukan oleh pasukan penyelidik itu juga menunjukkan jumlah kupang yang istimewa ini akan terus menunjukkan jumlah yang menurun di masa akan datang sekiranya aktiviti pembalakan dan penebangan hutan terus berlaku. Justeru, penyelidik menggesa agar kawasan berkenaan diberi perlindungan penuh bagi melindungi spesis terancam ini daripada kepupusan.

    Salah satu spesis yang ditemui pasukan penyelidik (Khairuloconcho lunbawangorum sp. nov) di Sungai Limbang, Sarawak

    Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Aquatic Conservatiion Marine and Freshwater Ecosystems, spesis kupang air tawar jenis endemik di Borneo kebanyakannya telah lama tidak direkodkan dalam dunia penyelidikan sejak lebih 50 tahun yang lalu berikutan kurangnya usaha penyelidikan serta kebarangkalian habitat populasi spesis berkenaan yang berkurangan yang membataskan kajian.

    Selain penemuan dua spesis baharu (genus nova) Khairuloconcha sahanae dan Khairuloconcha lunbawangorum, pasukan penyelidik turut menemui spesis kupang Schepemania yang turut termasuk dalam tribe endemik Borneo dan berstatus nova iaitu Schepmaniini.

    Tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik yang berjaya menemui spesis kupang yang sangat jarang dijumpai ini. Kejayaan ini sudah pasti pada masa akan datang penyelidikan ini akan menjadi pendorong kepada pewartaan terhadap spesis yang wajar dilindungi sekaligus pihak bertanggungjawab atau pihak berkuasa dapat menjadikan dua lokasi ini sebagai kawasan terlindung agar habitat spesis ini tidak terancam dengan kepupusan.

    Sumber terbitan jurnal Aquatic Conservation Marine and Freshwater Ecosystems

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...