More
    Home Sarawak Kuching Pasukan Bekalan Air Sarawak sertai Sukan Bekalan Air Malaysia di UUM

    Pasukan Bekalan Air Sarawak sertai Sukan Bekalan Air Malaysia di UUM

    KUCHUNG, 12 OGOS 2023 (SNN): Empat Agensi Bekalan Air di Sarawak akan mewakili pasukan Sarawak pada Kejohanan Bekalan Air Malaysia yang akan berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah bermula 24 hingga 27 Ogos depan.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, yang menyempurnakan majlis penyerahan bendera Sarawak kepada ketua kontinjen memaklumkan, pasukan Sarawak itu nanti akan menyertai kesemua acara yang dipertandingkan kelak.

    “Empat agensi air yang mewakili Sarawak adalah terdiri daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Kuching Water Berhad (KWB), Sibu Water Berhad (SWB), dan LAKU Management.

    “Keputusan pemilihan peserta dari keempat-empat agensi tersebut adalah berdasarkan keputusan pertandingan sukan bekalan air yang telah diadakan di Bintulu pada tahun lepas,” katanya kepada media pada sidang media selepas majlis penyerahan bendera Sarawak kepada kontinjen bekalan air Sarawak di pejabat Kementerian MUT baru-baru ini.

    Julaihi (tengah) menyerahkan bendera Sarawak kepada ketua kontinjen yang akan mewakili agensi bekalan air Sarawak.

    Ujarnya, beliau berharap pasukan yang akan mewakili Sarawak berkenaan memperoleh kemenangan sepanjang sukan itu berlangsung kelak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...