More
    Home Sarawak Betong Pasar Lama Kabong kini tinggal kenangan selepas musnah dalam satu kebakaran

    Pasar Lama Kabong kini tinggal kenangan selepas musnah dalam satu kebakaran

    KABONG, 30 JUN 2022 (SNN): Pasar Lama Kabong yang sangat sinonim dan menjadi tumpuan masyarakat untuk membeli barangan keperluan khususnya musim perayaan sejak dulu lagi kini hanya tinggal kenangan apabila terlibat dalam satu kebakaran yang memusnahkan 10 deretan kedai pada awal pagi Selasa.

    Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat (PGO) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.53 pagi sebelum mengerahkan sepasukan bomba dari BBP Saratok ke lokasi kejadian.

    “Sejurus tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati 10 deretan kedai yang terletak berhampiran dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kabong telah musnah terbakar hampir 90 peratus.

    “Pasukan bomba menggunakan teknik pemadaman secara Deffensive Firefighting dengan menggunakan dua aliran, satu aliran 300 kaki dua pancutan di bahagian hadapan, sementara satu aliran 400 kaki dua nozel di bahagian belakang,” kata kenyataan itu.

    Pihak bomba melakukan kerja pemadaman api yang sedang marak-Foto FB Pusat Khidmat DUN Kabong.

    Tambahnya, walaupun pada awalnya berdepan masalah tekanan air rendah namun pasukan penyelamat berjaya mengawal api marak dan terpadam sepenuhnya pada jam 4.48 pagi.

    Jelasnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan serta kerugian yang dialami masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.03 pagi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...