More
    Home Malaysia Pameran 'Raja Kita' beri peluang kepada rakyat Sarawak menghayati institusi Yang di-Pertuan...

    Pameran ‘Raja Kita’ beri peluang kepada rakyat Sarawak menghayati institusi Yang di-Pertuan Agong

    KOTA SAMARAHAN, 06 SEPTEMBER 2024 (SNN): Pameran ‘Raja Kita’ berempena Sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim peringkat Negeri Sarawak serlahkan insitusi YDPA kepada rakyat Sarawak sekaligus perkukuh nilai perpaduan rakyat seluruh negara.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, pameran ini sekaligus membuktikan kita sebagai rakyat Malaysia menghargai sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang menjadi lambang perpaduan serta kedaulatan negara Malaysia.

    “Sambutan kali ini yang dimulakan dengan pelancaran pameran ‘Raja Kita’ memberi makna penting kepada rakyat khususnya rakyat Sarawak yang tidak mempunyai pemerintahan beraja dan hanya mempunyai Yand di-Pertua Negeri.

    “Pameran ini juga tidak hanya mempamerkan maklumat-maklumat penting malah turut mendedahkan perkara yang kita tidak ketahui mengenai institusi Yang di-Pertuan Agong termasuklah latar belakang, peralatan serta koleksi Institusi Raja,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pameran ‘Raja Kita’ di pusat membeli-belah Summermall, Kota Samarahan, pada Khamis.

    Dato Sri Julaihi ketika sidang media selepas merasmikan pameran ‘Raja Kita’ di Summermall, semalam.

    Dalam pada itu, beliau selaku menteri bertanggungjawab menambah, pameran tersebut diadakan secara paparan 3D dengan memaparkan kehidupan, pencapaian, termasuk peralatan dan pakaian serta biografi Sultan Ibrahim semasa zaman kanak-kanak sehingga hari pertabalan Seri Paduka Baginda pada Julai 2024 lalu.

    “Pendekatan moden mempersembahkan warisan Raja ini bertujuan merapatkan jurang geografi dan budaya, terutama di Sarawak yang mungkin tidak berpeluang menyaksikan secara dekat disebabkan peraturan tertentu.

    “Tetapi saya percaya pameran secara digital ini membolehkan para pengunjung melihat secara terperinci dan lebih dekat, sekali gus mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang warisan diraja,” tambahnya.

    Dalam pada itu, lebih 272 koleksi berkaitan serta peribadi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dipamerkan pada Pameran Raja Kita di Muzium Negara sehingga 29 September ini yang merupakan sebahagian daripada acara yang disusun sempena Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

    Turut hadir sama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang, ADUN Simunjan, Awla Deris, Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak; Hamdan Sharbini, Pengarah JAPEN Sarawak; Helmy Hamid, Pengarah Muzium Diraja, Jabatan Muzium Malaysia; Rohana Husin, Residen Bahagian Samarahan; Mohamad Irwan Bahari Bujang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...