More
    Home Dunia Pada hari ini 14 Ramadan 60Hijrah terjadinya peristiwa membaiat Saidina Husain RA...

    Pada hari ini 14 Ramadan 60Hijrah terjadinya peristiwa membaiat Saidina Husain RA sebagai khalifah oleh Muawiyah yang akhirnya membawa kepada kewafatan beliau dalam Perang Karbala

    KUCHING, 16 APRIL 2022 (SNN) : Hari ini 1,383 tahun Hijrah yang lalu, dipercayai tarikh Saidina Husain bin Ali RA menerima surat daripada warga Kufah (Iraq) yang meminta beliau memimpin pemberontakan terhadap pemerintahan Bani Umayyah.

    Memetik laporan daripada AWANI, selepas Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib RA dibunuh, tampuk pemerintahan kerajaan Islam kemudian diserahkan kepada Mu’awiyah bin Abi Sufyan yang kemudian mengasaskan Khilafah Umayyah. Apabila Muwaiyah meninggal dunia, kepimpinan diwariskan kepada anaknya, Yazid.

    Bagaimanapun Yazid tidak diterima oleh sebahagian komuniti Islam Kufah yang merasakan anak Saidina Ali RA merangkap cucu Nabi Muhammad SAW iaitu Husain RA adalah lebih layak, lalu mereka merancang pemberontakan terhadap Yazid.

    Maka susulan penerimaan surat itu pada 14 Ramadan 60H, Saidina Husain RA berangkat dari Mekah menuju ke kota di selatan Baghdad bersama kira-kira 100 orang pengikutnya termasuk ahli keluarga & para sahabat pada 8 Dzulhijjah 60H.

    Namun tidak diketahui Saidina Husain RA bahawa pemberontakan di Kufah telah dipadamkan oleh Yazid. Tatkala rombongan Saidina Husain RA tiba dekat Qadisiyyah menghampiri Kufah, mereka disekat oleh sebatalion tentera Yazid pimpinan Hurr ibn Yazid al-Tamimi.

    Disebabkan Saidina Husain RA enggan menghadap gabenor Kufah yang baharu, Ubaidillah ibn Ziyad, mereka tidak dibenarkan masuk ke Kufah mahupun berpatah balik ke Mekah, memaksa mereka berkampung di Karbala pada 2 Muharam 61H.

    Kem Saidina Husain RA dikepung tentera Umayyah & akses kepada air di Sungai Euphrates berhampiran disekat dalam usaha mendesak beliau mengiktiraf kuasa Umayyah atau berdepan maut. Enggan tunduk, Saidina Husain RA terus bertahan hinggalah ke 9 Muharam.

    Rundingan berakhir buntu & Saidina Husain RA memilih untuk melawan lalu tercetuslah Pertempuran Karbala pada 10 Muharam itu yang pada akhirnya menyaksikan gugurnya Saidina Husain RA bersama 70 orang saudara & sahabatnya.-AWANI.

    Sumber : Al-Husain Bin Abi Talib Pahlawan Besar dan Kehidupan Islam pada Zamannya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...