More
    Home Sarawak Kuching Operasi SAR lima pemancing dan tekong hilang ketika memancing diteruskan

    Operasi SAR lima pemancing dan tekong hilang ketika memancing diteruskan

    KUCHING, 06 OKTOBER 2021 (SNN) : Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa Awang Omar Awang Hamsawi, 59 tahun yang hilang selepas bot karam di perairan Pulau Satang Besar diteruskan pada hari kelima pada Rabu.

    Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, operasi disambung semula pada jam 8:00 pagi dengan kekuatan bantuan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, Padungan, Batu Lintang dan Helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta kemudahan lain seperti bot dan kenderaan Pacuan 4 roda Toya Hilux.

    Pada insiden yang berlaku Sabtu lepas, 10 orang pemancing bersama tekong dan pembantunya telah dilaporkan hilang di Pulau Satang Besar selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12:17 tengah hari. Bagaimanapun, 9 daripada 10 pemancing bersama tekong berjaya diselamatkan komuniti nelayan yang turut bersama dalam pencarian itu.

    Sehingga kini, operasi SAR pembantu tekong Awang Omar masih diteruskan.

    Senarai nama pemancing yang masih belum dijumpai

    Sementara itu, dalam kejadian berasingan SAR turut mencari sebuah bot bernombor pendaftaran QKH 9826 SZ yang dinaiki 4 orang pemancing bersama seorang tekong bot yang dipercayai hilang di perairan karang berumput, Tukun Bass Santubong berdasarkan laporan polis yang dibuat pada Ahad.

    Mereka yang hilang dikenali Kamizan Zaidi 40 tahun, Yap Tze Kang 41 tahun, Ng Chin Hui 36 tahun, Christopher Teo 32 tahun dan Leo Dy Lee Jiann 35 tahun.

    Turut sama dalam operasi SAR ini ialah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) seramai 7 orang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 11 orang, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 11 orang, Costal Guard 10 orang, Jabatan Perikanan 7 orang, Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM 16 orang dan orang awam 8 orang.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...