KUCHING, 29 APRIL 2022 (SNN) : Polis Kontijen Sarawak dari pelbagai cawangan dan jabatan menempatkan seramai 750 pegawai dan anggota di 56 lokasi terpilih seluruh Sarawak sepanjang tempoh Op Selamat Ke-18 yang bermula pada 29 April hingga 8 Mei 2022 sempena musim perayaan Aidilfitri ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sopri berkata, operasi ini akan melibatkan semua cawangan dan jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontijen Sarawak yang akan melibatkan semua daerah di Sarawak.
“Seramai 750 orang pegawai dan anggota Polis Kontijen Sarawak dari pelbagai cawangan dan Jabatan akan terlibat bagi menentukan keselamatan pengguna jalanraya sekaligus menurunkan kadar kemalangan jalanraya di negeri Sarawak sepanjang tempoh perayaan ini.
“Selain itu, operasi kali ini juga memfokuskan rumah-rumah yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat di seluruh negeri Sarawak,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran OP Selamat Ke-18 Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 di Boulevard Shopping Mall, Kuching pada Khamis.
Dato’ Mohd Azman memaklumkan, orang ramai boleh memuat turun borang balik kampung melalui portal PDRM di melalui pautan Http://rmp.gov.my, mengisi borang balik kampung di balai-balai polis yang berdekatan dan pengguna aplikasi Volunteer Smartphone Petrol (VSP) boleh menggunakan aplikasi ini untuk memaklumkan pergerakan mereka balik ke kampung.
Terdahulu, pihak polis juga telah bersama pengusaha-pengusaha stesen minyak melalui kerjasama strategik telah mengwujudkan Go-To-Safety Point (GTSP) di beberapa stesen minyak di daerah Sarawak sebagai inisiatif bagi menyalurkan bantuan kecemasan sementara menunggu pihak polis.
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, YDH DCP Dato Mancha Ata, Ketua JSPT Sarawak, Superintenden Bingkok John selaku pengelola Op Selamat, barisan Ketua-Ketua Jabatan PDRM dan Ketua-Ketua Polis Daerah Kontinjen Sarawak, Ketua-Ketua Agensi terlibat, Ketua-Ketua Masyarakat