More
    Home Sarawak Kuching Notis penutupan jalan secara berperingkat sementara sempena Sambutan 'Countdown 2024'

    Notis penutupan jalan secara berperingkat sementara sempena Sambutan ‘Countdown 2024’

    KUCHING, 31 DISEMBER 2023: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan melakukan penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat untuk memastikan majlis sambutan ambang tahun baharu atau ‘Countdown’ 2024 berjalan lancar.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintenden Merbin Lisa berkata, peringkat pertama penutupan dan lencongan jalan akan bermula dari jam 7 pagi dan jalan yang terlibat termasuk Jalan Gambir, Jalan Lebuh Java, Jalan Gambir / Jalan Lebuh Java.

    Manakala peringkat kedua pula katanya, penutupan dan lencongan jalan akan dibuat bermula jam 4 petang sehingga majlis selesai.

    “Antara jalan yang terlibat adalah Jalan Gambir, Jalan Lebuh Java, Jalan Gambir / Jalan Lebuh Java, Susur Jalan Lebuh Wayang ke Jalan Main Bazaar, Lampu Isyarat Jalan Main Bazaar / Jalan Temple, Susur Jalan Temple ke Jalan Wayang, Susur Jalan Tun Abang Haji Openg ke Jalan Barrack dan Susur masuk dari Jalan Tun Abang Haji Openg / Jalan Pearl ke Jalan Wawasan,” katanya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh IPD Kuching pada Sabtu.

    Kenyataan media IPD Kuching

    Sambutan Countdown’ 2024 itu akan dihadiri oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

    Ia akan diadakan pada 31 Disember ini bermula pada jam 8 pagi dan dijangka selesai pada 1 Januari 2024 jam 1 pagi di Waterfront, Kuching.

    Superintenden Merbin menambah, orang awam yang hadir untuk menyaksikan majlis ini diingatkan agar tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

    “Tempat meletak kenderaan awam yang disediakan termasuklah Medan Pelita, Dewan Suarah, Sarawak Plaza, Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Plaza Aurora dan Reservoir Park,” tambahnya.

    Dalam kenyataan sama, jelasnya, IPD Kuching turut mengadakan Operasi Bersepadu yang melibatkan semua elemen IPD seperti Bahagian Siasatan dan Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial dan semua Balai.

    “Manakala Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan menjalankan Op Mabuk bagi mengesan serta mengambil tindakan terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol yang merbahayakan pengguna jalan raya dan lain-lain kesalahan di jalanraya,” jelasnya.

    Sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai kejadian jenayah, dadah dan trafik, orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau boleh terus ke Balai Polis berhampiran.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...