More
    Home Malaysia Nasib mangsa tragedi kebakaran Pasar Lama Sebuyau terus dibantu

    Nasib mangsa tragedi kebakaran Pasar Lama Sebuyau terus dibantu

    SEBUYAU, 22 OGOS 2022 (SNN): Selepas selesai menyempurnakan majlis penyerahan geran dan bantuan pendidikan di Sebuyau, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap ADUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi kemudian bergerak hadir ke Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Kebakaran Pasar Sebuyau.

    Bantuan bernilai RM54,450.00 daripada Kerajaan Negeri Sarawak dan RM2,700.00 daripada Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak diserahkan kepada sembilan mangsa yang terlibat dalam kebakaran pada 6 Ogos yang lalu.

    Datuk Julaihi menyerahkan bantuan kepada mangsa kebakaran hasil sumbangan daripada kerajaan negeri dan pusat.

    Tambah beliau, bantuan tersebut bertujuan bagi memulihkan perniagaan kecil bagi lapan orang mangsa manakala soerang lagi mangsa menerima bantuan dari tabung bantuan segera dan bantuan belian bahan binaan.

    Ujar Julaihi, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin terhadap kebajikan serta keperluan mangsa secara khususnya dan amnya kepada semua rakyat yang memerlukan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...