More
    Home Sarawak Kuching Nasib mangsa kebakaran di Bintawa Hilir terus dibantu

    Nasib mangsa kebakaran di Bintawa Hilir terus dibantu

    KUCHING, 12 JANUARI 2024 (SNN): Nasib 10 keluarga yang menjadi mangsa dalam satu kebakaran di Kampung Bintawa Hilir baru-baru ini mendapat perhatian daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri.

    Beliau yang telah hadir sendiri bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Bintawa Hilir tersebut menyerahkan bantuan kepada 10 orang mangsa yang berbentuk bakul makanan dan wang tunai.

    Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak (SDO) Jasni Jubli telah menyerahkan sumbangan berkenaan kepada mangsa sambil disaksikan oleh Dato Sri Nancy sendiri.

    Dato Sri Nancy bergambar bersama mangsa selepas menyerahkan bantuan keoada mangsa-Foto UKAS

    Dalam masa yang sama, Dato Sri Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong turut menyampaikan sumbangan daripada Pejabat Khidmat Rakyat kepada penerima yang sama bagi meringankan lagi beban mangsa.

    Terdahulu, satu kejadian kebakaran membabitkan sembilan buah rumah telah musnah terbakar sepenuhnya pada Jumaat kira-kira jam 1.30 pagi di Kampung Bintawa Hilir, Kuching.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    14 Resolusi Zon Betong yang dibentangkan telah diserah kepada Premier Sarawak

    0
    BETONG, 26 JANUARI 2025: Sebanyak 14 resolusi mesyuarat perwakilan yang dikemukakan oleh 14 Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang telah dibentangkan oleh...