KUCHING, 21 Februari 2019 (SNN) – Yang Berhormat Datuk Mohamad Naroden Majais akan mengegarkan pekan Gedong dengan Pesta Gedong pada 22 Mac 2019 ini. Pelbagai acara dan kegiatan akan mengisi Pesta Gedong untuk manfaat penduduk N.26 dan kawasan yang berdekatan.
YB Datuk Mohamad Naroden Majais, Menteri Muda Pembangunan Industri dan Usahawan dan Menteri Muda eDagang telah mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola Pesta Gedong di sebuah hotel di Kuching petang tadi. Beliau yang juga Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Gedong berkata pesta ini adalah anjuran bersama PBB Cawangan Gedong, persatuan dan agensi kerajaan yang berkaitan. Antara pertubuhan yang turut serta adalah Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Pesta ini merupakan yang julung kali dianjurkan di pekan tersebut dan mungkin akan diteruskan sebagai acara tahunan.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr. Abang Johari Tun Abang Openg, dijangka akan merasmikan Pesta Gedong pada 24 Mac 2019. Beliau akan bertemu dengan rakyat dan akan diberikan taklimat pembangunan dan perkembangan semasa di Gedung.
Gedong sejak dahulukala terkenal sebagai sebuah kawasan pertanian yang subur dan makmur. Peranan kawasan ini sangat penting pada Zaman Kesultanan Brunei sehingga dinamakan Gedong memiliki hasil pertanian dan sumber hutan yang banyak. Oleh yang demikian di sini terdapat makam Pengiran Indera Syarmayuda, iaitu ayahanda Pengiran Indera Mahkota Muhamad Salleh yang mentadbir jajahan Sarawak di Kuching.
Bah! Buat temujanji untuk Pesta Gedong.