More
    Home Sarawak Bintulu Nanga Sekuau kini memiliki liputan internet 4G selepas dinaiktaraf sejak Februari lalu-Julaihi

    Nanga Sekuau kini memiliki liputan internet 4G selepas dinaiktaraf sejak Februari lalu-Julaihi

    SELANGAU, 27 MAC 2022 (SNN) : Nanga Sekuau di Daerah Selangau kini memiliki liputan jaringan telekomunikasi dan internet 4G selepas menara telekomunikasi di kawasan berkenaan berjaya dinaik taraf oleh penyedia perkhidmatan Celcom, Digi, Maxis dan UMobile dalam usaha menambahbaik kualiti perkhidmatan mereka.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, di Daerah Selangau sahaja sebanyak 22 menara baharu dengan rangkaian 4G kini dalam proses pemerolehan tapak di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

    “Dalam usaha untuk meningkatkan liputan internet di Sarawak, sejumlah 636 menara baharu 4G di bawah program JENDELA Fasa 1 telah dianugerahkan kepada penyedia perkhidmatan yang dilantik dan kita menjangkakan kesemua menara itu dapat beroperasi pada suku ketiga tahun 2023.

    “Menara tersebut adalah merupakan tambahan daripada 106 menara baharu 4G yang sedang dalam pelaksanaan dan juga dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada suku kedua 2023,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Menara Telekomunikasi Nanga Sekuau di Selangau, semalam.

    Datuk Julaihi (tengah) di beri taklimat oleh Pengarah MCMC Sarawak, En Adiman Ajem mengenai kemudahan telekomunikasi di kawasan Sekuau.

    Tambah beliau lagi, sebanyak 3,014 stesen pemancar kepada rangkaian 4G turut dilaksanakan yang merangkumi proses naiktaraf bagi menambah baik kualiti telekomunikasi di Sarawak dan dari jumlah terbabit sebanyak 2,774 stesen telahpun siap manakala 240 lagi akan siap pada suku ketiga 2022 ini.

    Bagi mengatasi masalah capaian jalur lebar di kawasan terpencil, Julaihi yang juga ADUN Sebuyau menjelaskan sebanyak 523 lokasi telah dikenal pasti untuk pemasangan satelit di bawah pelan JENDELA.

    “Sejak ianya dilaksanakan pada Oktober 2021 lalu sebanyak 512 lokasi telahpun siap dipasangan dengan satelit berkenaan yang turut memberi kemudahan akses jalur lebar secara percuma selama dua tahun manakala baki 11 loasi lagi dijadualkan siap pada April 2022 ini,” jelasnya lagi.

    Turut hadir sama adalah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi I; Datuk Liwan Lagang, ADUN Tamin; Christopher Gira Sambang, Pengarah MCMC Sarawak; En Adiman Ajem dan Pegawai Daerah Selangau; Inting Nyami.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Wartawan di wilayah Sarawak di cadangkan mengikuti latihan profesional kewartawanan

    0
    KUCHING, 07 JANUARI 2025: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dicadangkan untuk menyertai Institut Akhbar Malaysia (MPI) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan profesionalisme wartawan...