More
    Home Nancy ucap takziah atas pemergian pemain sape terkenal di Sarawak.

    Nancy ucap takziah atas pemergian pemain sape terkenal di Sarawak.

    KUCHING, 12 JUN 2021 (SNN) : Menteri Pelancongan, Kesenian Budaya dan Warisan Malaysia (MOTAC) Dato Sri Hajah Nancy Shukri menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian pemain sape professional negara, Saufi Aiman yang ditemui mati di pejabatnya di City Square, Kuching pada Khamis.

    Memetik kenyataan beliau di laman sosial ‘Facebook’ menjelaskan Allahyarham merupakan seorang yang rendah diri dan disenangi ramai sekaligus menjadi contoh inspirasi kepada generasi muda kerana jasa dan bakti beliau yang berterusan dalam menjulang warisan, seni dan budaya muzik Orang Ulu sehingga ke peringkat antarabangsa.

    “Meskipun arwah bukannya berasal dari masyarakat Orang Ulu namun usahanya berjaya membuktikan bahawa seni dan budaya merupakan elemen penyatuan rakyat di negara ini yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik di mata dunia.

    “Sepanjang karier beliau, Allahyarham pernah mengharumkan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa dengan memenangi juara dunia kontemporari dan terbuka Kejohanan Seni Persembahan Dunia atau Worldstars Championship of Performing Arts (WCOPA) pada tahun 2017,” ujar beliau.

    Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara kita khususnya negeri Sarawak. Semoga rohanya di cucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

    Terdahulu, Saufi Aiman Yahya, 31 tahun ditemui mati dalam keadaan terbaring oleh rakannya sekitar pukul 9 malam sebelum membuat laporan polis. Mayat mangsa kini dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Wisma Melayu dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini-Awang Tengah

    0
    KUCHING, 01 MAC 2025 (SNN): Projek pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya yang akan menjadi mercu tanda kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak kini...