More
    Home Malaysia Naiktaraf Loji Rawatan Air Salim dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun 2026 ini-Julaihi

    Naiktaraf Loji Rawatan Air Salim dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun 2026 ini-Julaihi

    SIBU, 25 JUN 2024 (SNN): Projek menaiktaraf Loji Rawatan Air Salim, Sibu bernilai RM291.4 juta dengan menggunakan dana Kerajaan Sarawak yang bermula pada Mei lalu dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun 2026 ini.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, projek terbabit merupakan salah satu perancangan rapi Kerajaan Sarawak membangunkan empat sistem bekalan air termasuk di Sibu di bawah Kajian Pelan Induk Bekalan Air Sarawak dan Grid 2021.

    Katanya, pelan induk bertujuan membangunkan sistem grid air yang merangkumi pembangunan sumber air mentah, perawatan dan pengagihan yang akan menghubungkan semua loji utama merentasi seluruh negeri dan membentuk sistem grid berterusan.

    “Pelan induk ini menggariskan pembangunan air untuk jangka masa panjang sehingga 2025, 2040 dan 2070 yang mana merangkumi tiga teras iaitu permintaan air, rawatan dan pengagihan air dan kualiti serta kecukupan air untuk kedua-dua air mentah dan terawat.

    “Salah satunya adalah kita menaiktaraf Loji Rawatan Air Salim daripada 150 MLD (juta liter sehari) kepada 300 MLD yang dilaksanakan leh Lembaga Air Sibu (LAS) dengan nilai skim projek diluluskan sebanyak RM300 juta dan kerja-kerja di peringkat reka bentuk dibiayai melalui Pinjaman Persekutuan berjumlah RM8.6 juta,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf Loji Rawatan Salim di Lembaga Air Sibu, pada Isnin.

    Dato Sri Julaihi ketika menyaksikan majlis penyerahan tanda mula Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air Salim, Sibu.

    Tambah ADUN Sebuyau itu lagi, LAS kini beroperasi pada kadar kapasiti kira-kira 195 MLD dari loji-loji rawatan air sedia ada iaitu loji Salim sebanyak 150 MLD dan Loji Bukit Lima sebanyak 45 MLD.

    “Dengan itu, LAS tiada lagi rizab margin lebihan bagi menampung keperluan tambahan permintaan semasa atau menampung peningkatan permintaan pada masa depan.

    “Adalah amat penting projek naik taraf loji itu dimulakan dengan segera dan kelewatan pelaksanaannya menyebabkan berlakunya krisis air di Sibu terutama pada waktu puncak atau semasa musim kemarau,” ujarnya.

    Jelas beliau, dengan siapnya projek itu kelak, kapasiti Loji Rawatan Air Salim yang baharu mampu menampung keperluan dan permintaan bekalan air di Sibu yang semakin meningkat sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan SWB tiada pelan jangka panjang untuk kualiti bekalan air di Sibu.

    Hadir sama adalah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti): Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Kesihatan Awam/Perumahan; Datuk Michael Tiang, Setiausaha Tetap Kementerian MUT; Jafri Lias, GM SWB; Ir Itin @Abdul Malik, Pengarah JBALB; Awg Fadillah Awg Reduan dan Residen Bahagian Sibu; Abg Mohd Forkan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...