More
    Home Sarawak Limbang Naiktaraf Lapangan Terbang Lawas diberi perhatian-Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia

    Naiktaraf Lapangan Terbang Lawas diberi perhatian-Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia

    LAWAS, 08 OKTOBER 2021 (SNN) : Keperluan dan kualiti perkhidmatan di Lapangan Terbang Lawas wajar diberi perhatian dengan meneliti pelbagai aspek bagi memudahlan kerja menaik taraf lapangan terbang itu kepada yang lebih efisen.

    Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, perbincangan dan sesi bertukar pendapat beliau bersama Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang juga Timbalan Pengerusi PBB cawangan DUN Bukit Sari telah bersetuju untuk mempertimbangkan kerja-kerja naik taraf lapangan terbang berkenaan.

    “Hal ini amat penting kerana dalam usaha memastikan fungsi serta keselesaan penumpang di Lapangan Terbang Lawas terjamin kemudahan sedia ada seperti struktur bangunan dan ruang perlu diperbaiki disamping aspek keselamatan pengguna turut terjaga.

    “Saya turut memberi jaminan akan berhubung dengan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk meningkatkan keupayaan ramalan kaji cuaca di lapangan terbang berkenaan,” katanya semasa melakukan lawatan kerja di Lawas baru-baru ini.

    Lapangan Terbang Lawas perlu dinaiktaraf kerana sering dilanda banjir apabila berlakunya hujan lebat dan air pasang besar

    Ujar beliau, keperluan untuk mendapatkan input berkenaan keperluan di Lapangan Terbang Lawas akan menjadi asas kepada beliau bagi memastikan kekurangan dan keperluan di lapangan terbang berkenaan dapat diperbaiki sementara menunggu pembinaan Lapangan Terbang Lawas baharu pada masa akan datang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...