More
    Home Sarawak Kuching NAFAS, SALCRA & PPNS Bekerjasama Majukan Sektor Pertanian Sarawak

    NAFAS, SALCRA & PPNS Bekerjasama Majukan Sektor Pertanian Sarawak

    KUCHING, 21 JUN 2022 (SNN): Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bersama Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) serta Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) akan bekerjasama untuk memajukan lagi sektor pertanian di negeri ini.

    Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato’ Zamri Yaakob berkata, inisiatif sedemikian adalah sebagai usaha memulihkan keadaan keselamatan makanan yang sangat relevan ketika ini.

    “Sarawak ada sawahnya untuk menanam padi, NAFAS ada mengeluarkan baja padi untuk sawah di seluruh negara. Pada dasarnya kita akan bersama dengan SALCRA yang ada kilang baja.

    “Ahli kita di NAFAS ada hampir sejuta dengan rangkaian Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan 279 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), jadi kita akan bergerak sama. NAFAS mengetuai semuanya,”katanya kepada media sejurus selesai mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Isnin.

    Dato’ Zamri menambah, tanaman buah kelapa dan jagung juga akan diberikan tumpuan memandangkan ia merupakan antara keperluan di Sarawak.

    “Kita akan mencari kawasan yang sesuai di Sarawak bersama dengan PPNS. Kami turut mencadangkan untuk membuka ladang menggunakan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) untuk tujuan pengusahaan dua keperluan tersebut.

    “Premier Sarawak amat bersetuju dengan rancangan berkenaan dan menurut beliau, kerajaan Sarawak akan bekerjasama juga untuk tujuan itu,” tambahnya lagi.

    Kunjungan hormat yang mengambil masa lebih kurang satu jam itu telah diketuai Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah; Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom diikuti Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak selaku Pengerusi PPNS serta beberapa Jemaah Lembaga Pengarah NAFAS Malaysia yang lain.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...