More
    Home Sarawak Kuching MUT mahu agensi bekalan air teroka dan analisis teknologi baharu yang boleh...

    MUT mahu agensi bekalan air teroka dan analisis teknologi baharu yang boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan air terawat

    KUCHING, 20 OGOS 2022 (SNN): Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mahu agensi-agensi bekalan air untuk meneroka dan menganalisis teknologi baharu yang boleh diguna dalam memantapkan sistem dan perkhidmatan bekalan air terawat di negeri ini.

    Menterinya, Datuk Julaihi Narawi berkata, beliau juga menekankan usaha sama dan pertukaran kepakaran antara agensi bekalan air dalam menangani isu air di lapangan yang berada di geografi berbeza.

    Jelasnya, Sarawak Water Supply Retreat 2022 menjadi platform bagi empat agensi bekalan air di Sarawak untuk berkongsi serta bertukar pengalaman dan kepakaran dengan tujuan untuk membangun dan menambah baik sistem bekalan air di Sarawak.

    “Kerajaan Sarawak telah melaksanakan ‘Water Supply Master Plan & Grid System’ yang dapat mengurangkan isu air sehingga tahun 2070.

    “Ia merupakan antara salah satu strategi bagi program transformasi untuk mencapai Strategi Pembangunan Pasca COVID19 (PCDS) 2030,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penutupan Sarawak Water Supply Retreat 2022 di Damai Beach di sini pada Jumaat.

    Datuk Julaihi hadir pada Majlis Penutupan Sarawak Water Supply Retreat 2022 anjuran MUT.

    Datuk Julaihi menambah, badan korporat atau satu organisasi penggubal harus memastikan pengurusan, penggubalan dan pematuhan Akta/Garis Panduan/Standard sumber air yang perlu pemerhatian dan penguatkuasaan.

    Menurut beliau, antaranya ‘One Entity’ iaitu cadangan untuk menggabungkan empat agensi bekalan air di Sarawak untuk memastikan keseimbangan pembangunan dan kebergantungan permintaan terhadap bekalan air di peringkat domestik dan komersial dapat ditangani.

    “Saya juga memberi kepercayaan penuh kepada seluruh agensi dan jurutera terutama sekali Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), LAKU dan Lembaga Air Sibu (SWB) kerana telah terbukti mereka semua berkebolehan dan berpengalaman dalam mengendalikan masalah air serta mampu merealisasikan matlamat pembekalan air Sarawak yang mampan.

    Hadir sama dalam progam itu ialah, Setiausaha Tetap, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Alice Jawan Empaling, Pengurus Besar Lembaga Air Kuching; Rodziah Mohamad, Pengarah JBALB; Ir Chang Kuet Shiap, Pengurus Besar, Lembaga Air Kuching; Abdul Malik Abdullah serta Ketua Pegawai Eksekutif LAKU Management Sdn Bhd; Daniel Punang.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak kini rancak laksanakan Pelan Induk Air & Sistem Grid...

    0
    KUCHING, 21 FEBRUARI 2025 (SNN): Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak inisiatif Kerajaan Persekutuan yang meluluskan Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan projek berkaitan air di...