More
    Home Sarawak Mukah Musim 'payak' membanjiri pasar basah di Mukah

    Musim ‘payak’ membanjiri pasar basah di Mukah

    MUKAH, 03 MAC 2021 (SNN) : Daerah Mukah tidak asing lagi dengan hasil laut yang segar terutama si udang merah atau lebih sinonim dikenali dengan nama ‘payak merah’ oleh masyarakat tempatan. Kebiasaannya musim ini lebih didekati dengan ‘pesta kaul’ yang sudah menjadi tradisi masyarakat Melanau di Mukah dan sudah pasti selepas itu para nelayan akan memperolehi pelbagai jenis hasil laut yang segar.

    Sejak kebelakangan ini, pasar basah di Mukah dibanjiri dengan payak merah dan itu menjadi saingan dalam kalangan peniaga sehingga terpaksa menurunkan sedikit harga udang merah tersebut kerana rata-rata hasil laut yang dijual boleh dikatakan semuanya adalah udang merah.

    Menurut salah seorang nelayan di situ, ramai nelayan yang turun ke laut akan pulang membawa hasil udang merah dalam kuantiti yang banyak apabila hendak dijual dipasar basah mereka perlu bersaing untuk menjualnya.

    “Pada awal musim payak tersebut, harga per kilogram adalah sekitar RM20.00 sekilogram namun oleh kerana hasil tangkapan semakin meningkat peniaga mengambil inisiatif dengan menurunkan harga sehingga RM10.00 sekilogram malahan sampai ada pelanggan yang dapat percuma keatas setiap pembelian,

    “Jika orang luar mahupun masyarakat di Mukah sendiri hendak mendapatkan hasil laut yang berpatutan harganya mereka boleh mengunjungi pasar-pasar basah diantara bulan Mac hingga Oktober kerana bulan itu hasil tangkapan laut memang agak lumayan” jelas beliau.

    Pelbagai jenis dan gred payak yang berjaya ditangkap dan dijual

    Jelasnya, selain kawasan Mukah payak turut menyerang di beberapa kawasan lain seperti Oya, Belawai, Matu dan Daro kerana ini sinpnim dengan fenomena air pasang dan cuaca panas dimana ia adalah waktu yang sesuai untuk udang merah ini keluar membiak.-Sumber BERNAMA.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting lahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang

    0
    LIMBANG, 06 JANUARI 2025: Hari Apresiasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memainkan peranan penting dalam memperkasakan...