More
    Home Sarawak Kuching MPID di bawah barisan menteri baharu komited fokus kepada projek sakit

    MPID di bawah barisan menteri baharu komited fokus kepada projek sakit

    KUCHING, 20 JANUARI 2022 (SNN) : Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MPID) Sarawak menyatakan hasrat akan memberi fokus utama kepada projek-projek sakit bagi memastikan ia kembali kepada landasan asal dan dapat disiapkan dengan segera mengikut perancangan.

    Menteri baharunya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Unggas Embas berkata, MPID harus segera mencari jalan penyelesaian kepada projek-projek sakit berkenaan kerana ia amat penting untuk memenuhi kehendak rakyat dan harapan kerajaan.

    “Kementerian juga akan melaksanakan apa yang telah dirancang oleh barisan menteri dan menteri muda sebelum ini akan tetapi kita lebih memfokuskan dahulu kepada projek sakit yang tergendala.

    “Kita harus mencari jalan penyelesaian bagi memastikan projek-projek berkenaan dapat dikembalikan mengikut jadual yang telah ditetapkan,” kata beliau dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Menteri dan Menteri Muda, semalam.

    Unggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban menambah, kementerian yang akan diterajui oleh beliau serta dua menteri muda juga akan meneliti berhubung pembangunan pelabuhan-pelabuhan di negeri ini dengan menjalankan satu kajian bagi membawa pelabuhan maju ke hadapan pada masa akan datang.

    Tambahnya, pihak kementerian juga akan memastikan semua tanggungjawab dilaksanakan dengan baik dan yang paling penting ialah memastikan semua infrstruktur disiapkan mengikut jadual yang akhirnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak negeri maju berpendapatan tinggi pada tahun 2030.

    “Untuk mencapai matlamat itu, kementerian akan menggunakan teknologi baru, inovasi dan modenisasi agar dapat melaksanakan segala kerja dan tugas yang lebih cekap selain menyahut cabaran menjadikan Sarawak negeri ekonomi digital,” katanya.

    Sesi ucapan bekas Menteri Muda MPID merangkap Menteri Utiliti dan Telekomunikasi baharu, Datuk Julaihi Narawi

    Dalam sesi ucapan bekas Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, selama tiga tahun memegang jawatan itu beliau bersyukur dapat membawa perubahan besar kepada kawasan pesisir Sarawak dengan pelbagai limpahan projek berskala besar.

    “Sebagai anak kampung di kawasan pesisir saya percaya dengan projek-projek seperti pembinaan jalan pesisir, Jalan Utama Kedua, pembinaan jambatan-jambatan seperti Jambatan Batang Lupar pasti akan membawa perubahan besar kepada pembangunan kawasan pesisir pantai secara keseluruhannya apabila siap kelak,” tambah beliau lagi.

    Ujarnya, beliau berharap kementerian di bawah pimpinan barisan menteri dan menteri muda yang baharu akan terus maju serta membawa perubahan yang lebih drastik kepada pembangunan infrastruktur terutama di kawasan pesisir pantai Sarawak terutama projek-projek yang sedang rancak dijalankan ketika ini dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

    Turut hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi; Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur; Ir Aidel Lariwoo dan Menteri Muda Pelabuhan; Dato Majang Renggi, Setiausaha Tetap MPID; Datu Safri Zainudin dan barisan tenaga kerja di kementerian MPID.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting lahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang

    0
    LIMBANG, 06 JANUARI 2025: Hari Apresiasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memainkan peranan penting dalam memperkasakan...