More
    Home Sarawak Limbang MP Lawas tinjau keadaan mangsa banjir di PPS SJK Chung Hua Trusan

    MP Lawas tinjau keadaan mangsa banjir di PPS SJK Chung Hua Trusan

    LAWAS, 22 MEI 2021 (SNN) : Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II merangkap Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkesempatan mengadakan lawatan ke tiga buah kampung yang terjejas akibat banjir serta mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sejak Khamis lalu.

    Dato Henry memberitahu kepada penduduk kampung agar berwaspada dan bagi rumah mereka yang mula dinaiki air untuk terus berpindah ke pusat pemindahan dan menyelamatkan harta benda serta dokumen peribadi yang penting.

    Mangsa banjir ditempatkan di PPS SJK Chung Hua sehingga keadaan air mulai surut

    Tinjauan beliau ke atas salah satu PPS iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua, Trusan sempat diberi taklimat ringkas mengenai situasi banjir di kawasan Lawas yang termasuk jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan telah meningkat sebanyak 111 orang mangsa.

    Sebelum berangkat pulang, Dato Henry menjelaskan akan menghulurkan bantuan segera bagi keperluan manga-mangsa banjir serta petugas PPS SJK Chung Hua Trusan dalam masa tedekat.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelancaran Pavillion Sarawak di MWC Barcelona platform Sarawak tarik pelabur asing...

    0
    BARCELONA, 04 MAC 2025: Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melancarkan Pavillion Sarawak sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung selama empat...