More
    Home Sarawak Limbang MOT akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan bagi menetapkan harga maksimum tiket bagi...

    MOT akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan bagi menetapkan harga maksimum tiket bagi Rakyat Sabah dan Sarawak balik beraya

    LIMBANG,  26 MACC 2024: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah menetapkan harga maksimum tiket penerbangan untuk semua syarikat penerbangan bagi rakyat Sabah dan Sarawak sempena Hari Raya ini.

    Timbalan Menterinya merangkap Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah berkata, inilah yang kerajaan lakukan untuk membantu dan memastikan anak-anak dan rakyat di Sabah dan Sarawak dapat pulang berhari raya pada tahun ini.

    “Sempena perayaan Hari Raya ini MOT telah menetapkan harga maksimum tiket penerbangan adalah RM599 bagi semua syarikat penerbangan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak empat hari sebelum Hari Raya.

    “Namun jika beli lebih awal harganya lebih murah, itu harga maksimum yang kita tetapkan bagi yang beli saat akhir,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Outright Grant (OG) Masjid dan Surau Kawasan Parlimen Limbang di Masjid Baitul Iman Daerah Limbang pada Sabtu.

    Datuk Hasbi menyerahkan OG kepada salah soerang wakil pengurusan masjid dan surau di Limbang-foto UKAS

    Selain itu, beliau turut bekesempatan mengambil peluang menasihatkan kepada semua penduduk di Daerah Limbang agar tidak melakukan pembakaran terbuka semasa musim panas ini.

    “Kalau tidak dikawal ia akan menjadi musibah. Saya lihat dari kapal terbang banyak kawasan hutan berasap,” ujarnya.

    Dalam majlis tersebut, sebanyak 10 buah masjid dan 52 surau dalam kawasan Parlimen Limbang menerima OG berjumlah keseluruhan RM196,000.

    Turut hadir Pegawai Daerah Limbang; Sulaiman Engal, wakil Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang; Ustaz Mohamad Zarin Bolhassan, Penghulu; Sahat Bagol, Penghulu; Latip Tujoh, Penghulu; Ahmad Bini, Penghulu; Dulahpi Bakar dan Penghulu; Jamil Bakar.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...