More
    Home Malaysia Mohd Faizzil Affandi dinobat juara Qari Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sarawak ke-64

    Mohd Faizzil Affandi dinobat juara Qari Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sarawak ke-64

    KOTA SAMARAHAN, 28 FEBRUARI 2025: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-64 telah melabuhkan tirainya di Dewan Suarah Kota Samarahan pada Khamis dengan menyaksikan Mohd Faizzil Affandi dari Bahagian Miri dinobatkan sebagai Johan Qari, manakala Roziah Ayub dari Bahagian Mukah meraih gelaran Johan Qariah.

    Pengumuman itu dibuat oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato’ Mustapha Kamal, semasa majlis penutupan yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

    Bagi kategori Qari, Naib Johan dimenangi oleh Hadi Mohd Sharkawi dari Bahagian Kuching, sementara tempat ketiga disandang oleh Nordin Putit manakala kategori Qariah pula, Naib Johan dimenangi oleh Nurul Izzah Mukhali dari Bahagian Miri, dan tempat ketiga diraih oleh Eza Nurumaiza Japarudin dari Bahagian Limbang.

    Selain tilawah, pertandingan hafazan turut menampilkan peserta cemerlang dalam tiga kategori iaitu kategori 1 hingga 10 juzuk Al-Quran, Johan peserta lelaki ialah Azzizul Azmin Abdul Rajak dari Bahagian Kuching, diikuti oleh Mohamad Shahrul Hakimi Mohamed Razif sebagai Naib Johan.

    Dalam kategori wanita pula, Khairunnadia Khalid dinobatkan sebagai Johan, diikuti oleh Nurshahirah Osman di tempat kedua dan Siti Nurshahirah Salahuddin di tempat ketiga.

    Tuan Yang Terutama Tun merakam gambar bersama pemenang kategori lelaki semasa majlis penutupan-foto UKAS

    Untuk kategori 1 hingga 20 juzuk, Muhammad Najdat Arsyad Madzalan Abdul Rahman muncul Johan lelaki, manakala abangnya, Muhammad Nasrat Anas Madzalan Abdul Rahman meraih tempat kedua diikuti Awang Aliff Rayyan Muzzamil Awang Safri di tempat ketiga.

    Bagi kategori wanita, Nur Husna Norzaidi dinobatkan sebagai Johan, diikuti oleh Asma’ Nur Muthmainnah Azman di tempat kedua dan Izyan Nur Fazreena Ismail di tempat ketiga.

    Kemuncak pertandingan Hafazan adalah kategori 1 hingga 30 juzuk, menyaksikan Muhammad Arif Muadzam dinobatkan sebagai Johan, diikuti oleh Muhd Azib Doraup sebagai Naib Johan dan Mohamad Khairul Anwar Marican Mohd Idris Marican di tempat ketiga.

    Majlis gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti); Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Infrastrutur dan Pembangunan Pelabuhan; Datuk Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman); Datuk Dr Juanda Jaya, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak merangkap Penasihat Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Ke-64; Datuk Misnu Taha, Mufti Negeri Sarawak, serta tetamu lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Faizzil Affandi dinobat juara Qari Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sarawak...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 28 FEBRUARI 2025: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-64 telah melabuhkan tirainya di Dewan Suarah Kota Samarahan pada Khamis...