More
    Home Sarawak Betong Mohd Chee Kadir serah geran MRP kepada empat masjid di Kabong

    Mohd Chee Kadir serah geran MRP kepada empat masjid di Kabong

    KABONG, 20 APRIL 2021 (SNN) : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkesempatan menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Masjid Tok Amal Nyabor dan Masjid Lama Tok Amal Kampung Nyabor untuk tujuan aktiviti sepanjang ramadhan selepas selesai menunaikan solat fardhu Asar semalam.

    Di majlis sebelumnya, beliau telah menyerahkan geran yang sama kepada dua masjid di Kampung Alit iaitu Masjid Asasul Islam dan Masjid Lama Kampung Alit sebelum berangkat meninjau keadaan jaringan telekomunikasi di kawasan simpang Kampung Nyabor.

    Turut hadir sama mengiringi serta dalam majlis penyerahan geran adalah Penghulu Batni Saidon, Ketua Kampung Nyabor Lama; Ahmad Abang Ali, KK Kampung Alit; Mazlan Julaihi dan dua Pengerusi Masjid Kampung Nyabor.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Ilmu pendidikan merupakan ‘senjata’ utama dalam memperkasa daya saing agar tidak...

    0
    KUCHING, 24 APRIL 2025: Masyarakat Melayu di Sarawak perlu melengkapkan diri dan anak-anak mereka dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi memastikan mereka mampu bersaing...