More
    Home Malaysia MoC antara UITM Cawangan Sarawak dan Pustaka Negeri galakkan kerjasama akademik, penyelidikan...

    MoC antara UITM Cawangan Sarawak dan Pustaka Negeri galakkan kerjasama akademik, penyelidikan dan intelektual

    KOTA SAMARAHAN, 03 OGOS 2023 (SNN): Majlis menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pustaka Negeri Sarawak merupakan detik bersejarah antara kedua-dua belah pihak dalam menggalakkan aktiviti secara bersama seperti kerjasama akademik, penyelidikan dan intelektual.

    Menurut Rektor UiTM Cawangan Sarawak Prof. Dato Dr. Jamil Hamali, majlis tersebut sangat penting kepada kedua organisasi untuk melebarkan jaringan kerjasama strategik dalam melaksanakan pelbagai aktiviti, program dan perkongsian sumber.

    “Untuk makluman semua, kolaborasi ini juga saya lihat merupakan salah satu inisiatif dan langkah proaktif UiTM Cawangan Sarawak sebagai perintis kepada Pelan Strategik UiTM 2025 ke arah menjadi Universiti Terkemuka Dunia bag menyokong pembentukan Malaysia Madani.

    “Saya sedar bahawa untuk mencapai matlamat dan jalinan ini bukanlah sesuatu yang mudah seperti memburu di padang yang datar.

    “Namun, jika kita semua berganding bahu, saling bekerjasama bantu membantu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, saya percaya tiada yang mustahil untuk kita capai,” jelasnya.

    Beliau berkata demikian melalui teks yang dibacakan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Dan Antarabangsa UiTM Cawangan Sarawak Prof. Madya Ts. Chemist. Dr. Mohammad Isa Mohamadin pada Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sarawak dan Program Sarawak Ibu Pertiwiku ‘Sarawak Maju Makmur’ di UiTM Kampus Samarahan 2 pada Rabu.

    Justeru itu, melalui MoC ini juga warga UiTM dan komuniti negeri Sarawak akan mendapat manfaat khususnya dalam tiga aspek utama iaitu pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan melalui kerjasama strategik yang terjalin ini.

    YBhg. Datu Pengurus Besar AKYBMS menerima cenderamata dari pihak UITM sebagai tanda penghargaan di atas kesudian berkongsi ilmu pada program itu.-Foto galeri AKYBMS

    Terdahulu, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said selaku penceramah jemputan pada program berkenaan turut berkongsi ilmu dan sejarah Sarawak kepada warga UITM dengan harapan dapat memupuk serta memperkuat rasa kasih sayang dan cinta terhadap masyarakat Sarawak.

    Hadir sama pada program tersebut adalah Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni) UiTM; Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdullah, Ketua Timbalan Pustakawan UiTM; Ts. Azizi Jantan, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak; Japri Bujang Masli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Pustaka Negeri Sarawak; Wan Mazli Wan Razali dan wakil dari agensi-agensi kerajaan.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...