More
    Home Sarawak Kuching MINTRED sasar akan tarik lebih banyak pelabur luar datang melabur ke negeri...

    MINTRED sasar akan tarik lebih banyak pelabur luar datang melabur ke negeri ini-Awang Tengah

    KUCHING, 06 JUN 2023 (SNN): Program MINTRED Connects yang telah dilancarkan di Guangzhou, China bertujuan untuk menarik lebih banyak pelaburan dan perniagaan di Sarawak.

    Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) memberitahu, program tersebut telah dilancarkan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan untuk menghubungkan usahawan Sarawak dengan rakan kongsi dan pelabur yang berpotensi dari seluruh pelusuk dunia.

    “Ini adalah salah satu usaha Kementerian untuk memberikan lebih banyak pendedahan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kita dan menghubungkan mereka dengan lebih banyak peluang dari seluruh dunia,” jelas MINTRED dalam satu kenyataan media pada Isnin.

    Dalam kenyataan sama, MINTRED menambah, aktiviti perdagangan dan pelaburan antara Sarawak dan China adalah penting untuk pembangunan ekonomi bagi negeri ini.

    “Beberapa pelabur dari China telah menjadikan Sarawak sebagai pangkalan operasi mereka seperti pembuatan solar dan keluli manakala banyak lagi masih dalam perbincangan.

    “China ialah rakan dagangan penting kita dengan jumlah nilai perdagangan antara Sarawak dan China mencecah RM36.73 bilion pada 2022 dan RM27.045 bilion pada 2021,” tambah MINTRED.

    Pada program tersebut, Datuk Amar Awang Tengah turut menyaksikan satu Memorandum Perjanjian (MoA) dan lima Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara syarikat Sarawak dengan rakan kongsi dari China.

    Dalam perkembangan lain, Datuk Amar Awang Tengah juga telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Datuk Bandar Haikou Municipal People’s Government Lu Min bersempena dengan program MINTRED Connects tersebut.

    Semasa kunjungan hormat tersebut, Lu memaklumkan kepada Timbalan Premier Sarawak mengenai pembangunan dan hala tuju kepulauan Hainan dengan memfokuskan kepada empat sektor iaitu pelancongan, perkhidmatan ‘high tech’ serta industri pertanian tropika.

    Manakala, Datuk Amar Awang Tengah berkata, terdapat banyak bidang kerjasama yang boleh diterokai oleh Sarawak dan Hainan, terutamanya dalam sektor berkaitan eksport di mana dasar baharu Hainan mengenai perdagangan bebas dan kemudahan pelaburan boleh menjadi saluran yang baik untuk produk Sarawak memasuki pasaran besar China.

    Hadir sama, Timbalan Menteri MINTRED Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Penasihat MINTRED Datuk Mohd Naroden Majais, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak Datu Surveyor Zaidi Mahdi, Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED Dzulkornain Masron, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak Lester Matthew, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Datu Abdullah Julaihi, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Datu Ismawi Ismuni dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sarawak Energy Berhad James Ung.UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...