More
    Home Rebut tapak sayur enam ditahan

    Rebut tapak sayur enam ditahan

    KUCHING 27 JUN 2020 (SNN) : Berlaku satu pergaduhan antara dua pihak di sebuah pasar di Batu Tujuh, Kota Sentosa pada khamis lepas angkara perebutan tapak jualan sayur.

    Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, kejadian itu berlaku apabila dua beradik yang meniaga sayur didatangi sekumpulan lelaki sekitar jam 7.30 pagi. Katanya lagi, kumpulan terbabit meminta adik-beradik yang amsing-masing berusia 15 dan 25 tahun mengalihkan bakul sayur milik mereka kerana ingin menjual ditapak yang sama.

    “Selepas berbincang, adik-beradik tersebut namun enggan berganjak dari tempat tersebut kerana telah berjual hampir tiga tahun disitu,” ujarnya lagi. Beliau menambah, keadaan menjadi tegang apabila si adik meninggikan suara sehingga berlaku adegan pergaduhan selepas ditampar oleh salah seorang ahli kumpulan tersebut.

    Gambar : Tangkap layar rakaman video tular di media sosial khamis lepas

    “Pergaduhan itu mengakibatkan adik-beradik terbabit masing-masing mengalami luka di muka dan anggota badan lain”, katanya menerusi satu kenyataan. Keenam-enam individu itu ditangkap selepas masing-masing membuat laporan polis di balai berhampiran.

    Tambahnya lagi, siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. -Sumber Utusan Borneo. Dilaporkan oleh Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...