More
    Home Sarawak Kuching Mengenang kembali 17 tahun yang lalu, tsunami dahsyat membadai Aceh yang pasti...

    Mengenang kembali 17 tahun yang lalu, tsunami dahsyat membadai Aceh yang pasti menginsafkan setiap manusia yang menyaksikannya.

    KUCHING, 26 DISEMBER 2021 (SNN) :26 Disember 2004 iaitu 17 tahun yang lalu pada 7.59 pagi itu, gempa bermagnitud 9.3 berlaku di dasar Lautan Hindi, 160 batu dari barat pulau Sumatera, yang berlanjutan selama 10 minit. Ia menghasilkan tsunami yang tenaganya dianggar 2 kali ganda seluruh bom yang digunakan pada Perang Dunia II.

    Tidak sampai 20 minit, gelombang tsunami itu sampai ke pantai Sumatera & menghancurkan wilayah di utara pulau itu, Aceh. Ombaknya tinggi mencecah 80 hingga 100 kaki, melenyapkan seluruh komuniti di situ dalam masa beberapa minit.

    Tsunami deras & serpihan objek yang dibawa bersamanya itu membunuh sekitar 130,000 hingga 160,000 nyawa daripada keseluruhan 320,000 populasi Aceh, dengan lebih 500,000 hilang tempat tinggal. 1/3 daripada mangsanya adalah kanak-kanak.

    Tatkala Aceh sedang musnah, gelombang tsunami itu yang bergerak pada kelajuan 800 km/j tiba di Thailand sejam setengah selepas detik gempa, membadai wilayah Phang Nga & Phuket. Ia membunuh hampir 5,400 nyawa termasuk 2,000 pelancong luar.

    Banda Aceh yang merupakan pusat gempa terkesan teruk akibat gelombang tsunami yang menerjang tanah besar itu 17 tahun yang lalu

    Malaysia juga tidak terkecuali apabila ombak besar turut menyapu negeri pantai barat & membunuh 67 nyawa paling teruk terkesan adalah Pulau Pinang dengan 52 kematian, 12 di Kedah (khususnya di Langkawi), 2 di Perak & 1 di Selangor.

    Tsunami tersebut tersebar ke serata Lautan Hindi & menghentam Sri Lanka, 90 minit selepas gempa. Tidak sekuat di Aceh atau Thailand, tetapi sekitar 30,000 nyawa juga terkorban sebelum sampai ke Chennai, India di mana lebih 10,000 penduduk terbunuh.

    Malah, tsunami merentas sejauh 5,000 batu & sampai ke pantai timur Afrika – 10 maut di Tanzania, 3 di Seychelles & 1 di Kenya. Malah 2 orang turut terkorban di Afrika Selatan, tempat terjauh dari titik gempa yang menerima kesannya.

    Secara keseluruhannya, dianggarkan hampir 228,000 nyawa melayang – sekitar 190,000 disahkan mati dengan 40,000-45,000 hilang/dipercayai maut. Ia antara bencana alam membunuh yang terburuk dalam sejarah yang direkodkan.

    Kesimpulannya, setiap bencana yang berlaku seperti tsunami di Banda Aceh sudah pasti menjadi iktibar kepada setiap umat manusia lebih-lebih lagi mereka yang menyaksikannya langsung ketika ombak badai menerjang hampir keseluruhan tanah Aceh ketika itu. Kini Aceh telah bangkit semula dari sejarah hitam dan menjadi sebuah bandar yang lebih menitikberatkan syiar Islam.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...