More
    Home Malaysia Menara Telekomunikasi di seluruh Sarawak akan dipasang dengan teknologi Multi-Operator Core Network-Julaihi

    Menara Telekomunikasi di seluruh Sarawak akan dipasang dengan teknologi Multi-Operator Core Network-Julaihi

    SIMUNJAN, 13 APRIL 2023 (SNN): Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) akan memasang peralatan pemancar berteknologi terkini dikenali ‘Multi-Operator Core Network’ (MOCN) di setiap menara telekomunikasi yang belum dilengkapkan dengan peralatan berkenaan.

    Menterinya, Datuk Julaihi Narawi berkata, usaha tersebut dilakukan bagi memastikan syarikat telekomunikasi menggunakan hanya satu set peralatan pemancar bagi memberikan perkhidmatan kepada para pengguna.

    “Memasang peralatan telekomunikasi ini mengambil masa, ini satu hakikat kerana bukan maknanya apabila telah terbinanya menara telekomunikasi rakyat akan terus dapat menikmati rangkaian internet.

    “Ini kerana pihak SDEC akan memasang peralatan yang membolehkan semua syarikat telekomunikasi dapat digunakan dengan memasang MOCN,” katanya semasa mengadakan lawatan kerja ke Kampung Selangking Simunjan, pada Rabu.

    Datuk Julaihi mendengar taklimat mengenai skop kerja jajaran baharu untuk pembinaan paip air ke pekan Simunjan.

    Beliau menambah, meskipun penyediaan infrastruktur telekomunikasi di bawah tanggungjawab kerajaan pusat, namun kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM1.8 bilion untuk menaik taraf kemudahan telekomunikasi khususnya di kawasan luar bandar.

    “Ini bukan satu alasan tetapi kerajaan Sarawak tetap berusaha untuk membolehkan menara telekomunikasi ini dilengkapkan dengan peralatan telekomunkasi,” jelasnya.

    Hadir sama ialah Ahli Parlimen Batang Sadong; Rodiyah Sapiee, ADUN Simunjan; Awla Dris, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Jafri Lias, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak; Ir Chang Kuet Shian, Pemangku Residen Bahagian Samarahan; Mohamad Irwan Bahari Bujang dan Pegawai Daerah Simunjan; Seroji Ludin.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak perluas akses internet di negeri ini di bawah Program...

    0
    KUCHING, 18 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak terus melaksanakan langkah proaktif untuk memperluas liputan internet di negeri ini melalui program Sarawak Linking Urban, Rural and...