More
    Home Sarawak Kuching Menara Telekomunikasi di Lapan DUN akan beroperasi secara berperingkat bakal selesaikan isu...

    Menara Telekomunikasi di Lapan DUN akan beroperasi secara berperingkat bakal selesaikan isu jaringan internet lemah

    KUCHING, 28 NOVEMBER 2023: Kesemua menara komunikasi yang sedang dalam pelaksanaan di lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dijadual akan mula beroperasi secara berperingkat sehingga suku ketiga tahun 2024.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, pelaksanaan tersebut melibatkan DUN Ba’kelalan, Kalaka, Simunjan, Ngemah, Engkilili, Kabong, Tamin dan Beting Maro.

    “Saya yakin, penduduk setempat akan menikmati perkhidmatan telekomunikasi yang lebih baik apabila menara tersebut beroperasi sepenuhnya kelak,”katanya.

    Demikian menurut beliau bagi menjelaskan isu yang dibangkit oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di lapan DUN berkenaan semasa ucapan penggulungan kementeriannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 pada Isnin.

    Jelasnya lanjut, setiap projek pembinaan menara akan melibatkan sesi libat urus bersama Pejabat Residen dan Daerah, pemilik tanah serta pihak berkepentingan bagi memastikan ketelusan pelaksanaannya sekaligus menentukan lokasi tapak yang bersesuaian dan memenuhi keperluan teknikal menara telekomunikasi.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...