More
    Home Sarawak Limbang Menara Kg Surabaya, Lawas akan mula beroperasi hujung tahun ini-Julaihi

    Menara Kg Surabaya, Lawas akan mula beroperasi hujung tahun ini-Julaihi

    LAWAS, 27 MEI 2023 (SNN): Menara telekomunikasi Kampung Surabaya, Lawas akan mula beroperasi (on air) pada hujung tahun ini apabila kerja-kerja pemasangan alat telekomunikasi siap sepenuhnya.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, menara yang sudah siap dibina oleh syarikat Danawa Sdn Bhd itu hanya menunggu proses pemasangan peralatan telekomunikasi oleh pihak RedTone yang akan mengambil masa hingga hujung tahun ini.

    “Menara kita dapati memang sudah siap namun belum dapat ke udara atau menyediakan perkhidmatan talian internet kerana masih menunggu pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi memasang peralatannya.

    “Apabila siap dipasang kelak maka penduduk di kawasan sekitar ini akan mendapat manfaat darinya dengan adanya jaringan internet yang pantas,” kata beliau ketika mengadakan lawatan ke tapak menara telekomunikasi Kpg Surabaya, Lawas pada Jumaat.

    Julaihi (dua dari kanan) turut menyaksikan majlis penyerahan tapak oleh pihak Jabatan Tanah & Ukur kepada operator JENDELA,

    Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu lagi, menara dengan ketinggian 76 meter itu adalah merupakan salah satu projek menara di bawah program JENDELA sebagai usaha kerajaan Sarawak menyediakan liputan telekomunikasi menyeluruh di seluruh negeri ini.

    Ujarnya, dijangka akan lebih banyak menara telekomunikasi di seluruh negeri akan mula beroperasi setelah pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi siap memasang peralatan di menara-menara yang sudah siap dibina.

    Turut hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian MUT; Jafri Lias, Setiausaha MUDern; Datu Zaidi Mahdi, Pengarah Jabatan Tanah & Ukur; Datu Abdullah Julaihi, Pengarah MCMC; Adiman Ajem dan wakil Dawana Sdn Bhd dan RedTone.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak fokus hasilkan benih padi sendiri pastikan bekalan makanan di...

    0
    GEDONG, 30 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak kini memberi tumpuan kepada penghasilan benih padi sendiri untuk memastikan keterjaminan makanan di negeri ini adalah mencukupi. Premier Sarawak,...