LINGGGA, 23 MAC 2023 (SNN): Usahawan termasuk peniaga kecil dan sederhana perlu menguasai kemahiran digital sebagai persediaan beralih kepada pemasaran secara digital sejajar dengan usaha kerajaan Sarawak ke arah pendigitalan ekonomi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, penguasaan kemahiran itu penting kerana kini pemasaran secara digital menjadi norma baharu dalam dunia perniagaan khususnya dalam kalangan peniaga kecil dan sederhana.
“Memasarkan produk dalam media sosial begitu sahaja tidak memadai tanpa ada strategi dan kemahiran yang memungkinkan hasil jualan tidak mencapai sasaran maksimal.
“Dari itu para peniaga atau usahawan digalakkan untuk menyertai kursus dan latihan berkaitan kemahiran digital yang disediakan kerajaan negeri bagi membantu para peniaga memulakan perniagaan secara digital,” kata beliau pada Majlis Penangguhan Program Mendigitalisasi Komuniti Akar Umbi di Lingga baru-baru ini.
Tambah Norazah lagi, program seperti ini adalah julung kali dianjurkan oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) bersama Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) di Daerah Lingga.
Turut hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Lingga; Frank anak Lani, Walikota Majlis Daerah Sri Aman; Kr. Anthony Abell anak Chendan dan Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman; Tay Guan Huat.