More
    Home Mayat seorang penyelam dilaporkan hilang di Pulau Satang Besar berjaya ditemui

    Mayat seorang penyelam dilaporkan hilang di Pulau Satang Besar berjaya ditemui

    KUCHING, 23 APRIL 2021 (SNN) : Mayat seorang penyelam yang dilaporkan hilang ketika membuat aktiviti menyelam di Pulau Satang Besar pada 17 April lalu berjaya ditemui sekitar 23 batu nautika dari perairan Pulau Besar Satang, Kuching.

    Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kapten Maritim Yousry Yaali berkata, pihak penyelamat menerima laporan daripada nelayan yang menjumpai satu objek yang dipercayai mayat manusia pada jarak lebih kurang 32 batu nautika dari lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang.

    “Ahli keluarga mangsa percaya bahawa mayat yang dijumpai tersebut adalah kakaknya iaitu Chong Su Sian, 31 tahun yang telah hilang selepas melakukan selaman solo di posisi sekitar 23 batu nautika dari Pulau Satang Besar.

    “Mayat mangsa yang dibawa menggunakan bot penyelamat kemudian diserahkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Balai Polis Lundu untuk proses pengecaman mayat oleh ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan media.

    Sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan sejak hari pertama sehingga Khamis dilancarkan pihak penyelamat telah melakukan misi pencarian merangkumi keluasan 1630.66 batu nautika persegi dengan jumlah keseluruh pegawai dan anggota sebanyak 207 orang.

    “Kawasan pencarian yang telah dilakukan adalah melibatkan perairan Pulau Satang Besar dengan menggunakan dua aset Maritim Malaysia, tiga aset PPM bersama Pasukan Penyelam dan dua aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pencarian udara menggunakan pesawat PGU dan sebuah drone Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APM),” ujar beliau

    Sehubungan dengan penemuan mayat berkenaan, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada Khamis jam 1.35 petang.

    Misi Carilamat mangsa dihentikan serta-merta selepas penemuan mayat mangsa disahkan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...