More
    Home Sarawak Kuching Mayat mangsa terakhir tragedi bot karam melibatkan 10 pemancing ditemui

    Mayat mangsa terakhir tragedi bot karam melibatkan 10 pemancing ditemui

    KUCHING, 07 OKTOBER 2021 (SNN) : Hari ke-5 Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) yang dikoordinasikan oleh Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching, di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama lain-lain agensi telah menemui mayat Awang Omar bin Awang Hamsawi, 59 tahun, mangsa terakhir tragedi bot karam di Pulau Satang Besar, semalam.

    Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, pada jam 4.22 petang tadi MRSC Kuching telah menerima panggilan dari salah sebuah bot pemancing yang melakukan pencarian memaklumkan menemui satu objek terapung di atas permukaan air dan disyaki mayat pada jarak 3.7 batu nautika utara dari bot tersebut karam.

    Mayat tersebut seterusnya dibawa oleh pasukan penyelamat ke jeti dan diserahkan pada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Pengesahan mayat telah dilakukan oleh pasukan Forensik PDRM bersama waris di Hospital Umum Sarawak dan turut telah menemukan kad identiti pada mangsa.

    Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar tidak turun ke laut buat masa sekarang memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini kurang baik terutamanya era peralihan Monsun Timur Laut bermula dari bulan Oktober 2021 hingga Mac 2022.

    Maritim Malaysia juga sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...