More
    Home Malaysia Masyarakat sekitar Samarahan digalakkan sertai Program DesaMall bagi meningkatkan hasil perniagaan

    Masyarakat sekitar Samarahan digalakkan sertai Program DesaMall bagi meningkatkan hasil perniagaan

    KOTA SAMARAHAN, 26 MAC 2023 (SNN): Masyarakat di kawasan Parlimen Kota Saramahan digalakkan untuk menyertai Program DesaMall di bawah inisiatif Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) kerana ia merupakan ekosistem jualan yang lengkap bagi usahawan di luar bandar.

    Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, ia termasuk platform eDagang, ‘live streaming’ dan perkhidmatan gudang dan logistik.

    Justeru, beliau menggalakkan usahawan desa dan luar bandar untuk menyertai program DesaMall untuk memasarkan produk bukan sahaja di dalam pasaran tempatan malahan boleh menembusi pasaran luar.

    “Menerusi DesaMall, usahawan luar bandar akan diberi kursus atau latihan secara praktikal bagi memudahkan mereka memasarkan produk-produk desa melalui platform e-Dagang.

    “Malah bagi maksud meningkatkan keupayaan lima ekonomi luar bandar sahaja, KKDW telah memperuntukan sejumlah RM1.66 bilion bagi tahun ini,” katanya semasa Majlis Perasmian Koperasi Inovatif Usahawan Bumiputera Sarawak Berhad dan Bazar Ramadan Summer Mall KIUB 2023 pada Sabtu.

    Datuk Rubiah menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Koperasi Inovatif Usahawan dan Bazaar Ramadan di Summer Mall.

    Program tersebut telah dianjurkan oleh Koperasi Inovatif Usahawan Bumiputera Sarawak Berhad (KiUB) The Summer Shopping Mall.

    Dalam pada itu, beliau berkata, kewujudan koperasi dalam kalangan masyarakat sangat penting dalam memastikan perkembangan ekonomi dan aktiviti-akvtiviti berkaitan dilaksanakan lebih sistematik.

    “Saya percaya pembukaan Bazar Ramadan ini adalah satu daripada perkembangan positif hasil daripada kewujudan sesebuah koperasi dalam membimbing serta membentuk masyarakat setempat yang lebih inovatif serta berdaya saing,” katanya lagi.

    Hadir sama, Pengarah Urusan Summer Mall, Datuk Lee Chee Fui dan Pengerusi KiUB, Saidi Rasemi.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...