More
    Home Sarawak Limbang Masyarakat majmuk berbilang kaum khususnya kawasan Limbang harus kekalkan semangat perpaduan-Datuk Hasbi...

    Masyarakat majmuk berbilang kaum khususnya kawasan Limbang harus kekalkan semangat perpaduan-Datuk Hasbi Habibollah

    LIMBANG, 23 JANUARI 2023 (SNN): Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah menyeru agar masyarakat majmuk di negara ini dan Parlimen Limbang khasnya untuk terus maju jaya di samping mengekalkan semangat perpaduan yang utuh.

    Tambah beliau, di bawah kepimpinan Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan ini diharap kerjasama dan perpaduan antara masyarakat majmuk dapat dieratkan lagi untuk tahun ini serta tahun-tahun berikutnya.

    Dalam pada itu, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail memberitahu kerajaan baharu kali ini komited untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang mana akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini.

    “Usaha ini sudah pasti akan memberikan impak positif kepada pembangunan negeri khsusunya di kawasan Utara Sarawak.

    “Ini sesuai dengan kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri yang telah melantik Timbalan Perdana Menteri pertama dari blok Borneo iaitu wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Fadillah Yusof sekaligus mengetuai Jawatankuasa Teknikal MA63.

    Beliau berkata sedemikian ketika hadir bersama-sama ketiga-tiga wakil rakyat berkunjung ke rumah beberapa Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Limbang semalam.

    Ketiga-tiga wakil rakyat itu turut berkunjung ke kediaman Pemanca Leong Boong Ming, Penghulu Chua Beng Soon dan ketua-ketua persatuan masyarakat Cina.

    Jelas beliau lagi, beberapa perkara yang telah disepakati semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke Sarawak baru-baru ini memberi sinar baharu dengan harapan akan lebih banyak hak akan dikembalikan seperti yang termaktub di dalamnya.

    Ujar beliau, sambutan perayaan yang diraikan semua lapisan masyarakat di negeri ini khususnya dan di negara ini amnya harus dikekalkan sebagai satu bukti semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia Madani.

    Turut hadir sama Paulus Palu Gumbang; ADUN N80 Batu Danau serta isteri Mary Sindang, Kr Sufian Mohat; Walikota Majlis Daerah Limbang dan isteri.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...